suria

[V] Tak reti duduk diam! Uyaina Arshad terus kerja selepas habis pantang, belajar berpisah dengan anak

BARU tiga bulan bergelar ibu, pengacara Uyaina Arshad terpaksa berpisah sementara dengan anak sulungnya iaitu Raja Urhan untuk kembali berkerja.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, berkata pada awalnya dia berat hati untuk keluar berkerja namun perlu membiasakan diri kerana mahu mencari rezeki untuk keluarga.

"Saya habis pantang 44 hari... hari ke 46 saya sudah mula kerja semula seperti biasa.

Uyaina terus kembali berkerja selepas habis pantang.

"Tapi pertama kali keluar rumah itu baru naik kereta dah mula tengok gambar anak sebab selama 44 hari kita dengan dia sahaja jadi saya perlu ambil masa untuk belajar dengan jadual serta keadaan baharu ini.

"Kerana saya fikir saya keluar berkerja untuk dia dan keluarga juga. Saya pula memang jenis kuat berkerja dari sebelum kahwin lagi," katanya.

Perkara itu dikongsikan Uyaina ketika ditemui di majlis pelancaran Flagship Store Rizman Ruzaini yang bertempat di Hotel Four Seasons di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Paling menyedihkan, ini adalah benar” - Peminat tegur semakin berisi selepas bersalin, Uyaina Arshad usaha dapat berat badan ideal

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki secara pembedahan, Raja Syahiran sambut anak dalam hiba dan gembira

Dalam pada itu, Uyaina meluahkan rasa syukur apabila suaminya tidak menghalang dia untuk terus aktif bekerja.

Malah, segala urusan mengenai anak dibantu oleh ibunya serta seorang pembantu.

"Suami pula beri sokongan jadi saya gembira dapat keluar bekerja tapi setiap kali balik kerja saya akan dahulukan anak.

"Saya balik sahaja akan terus tengok anak. Walau macam mana sibuk sekalipun anak akan menjadi keutamaan saya," ujarnya.

"Saya habis pantang 44 hari... hari ke 46 saya sudah mula kerja semula seperti biasa.

UYAINA ARSHAD

PENGACARA/PELAKON

Sementara itu, Uyaina turut mengulas mengenai tindakan segelintir netizen menulis komen menyentuh mengenai perubahan bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak.

"Saya selalu abaikan sahaja kata-kata negatif orang sebab saya akan ingat orang-orang yang sayang dan hargai saya.

"Malah saya bersyukur apabila ada sokongan kuat dari suami yang tak pernah langsung komen fizikal saya tak kiralah sebelum atau selepas bersalin.

312770771_530877121703490_6609502126389652822_n

Uyaina bersama putera sulungnya, Raja Urhan.

"Dia selalu beri kata-kata semangat dan juga pujian sebab dia tahu kita wanita ini cepat insecure," katanya.

Untuk rekod, Uyaina dan suami, Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Pasangan ini dikurniakan putera sulung iaitu Raja Urhan pada 8 September lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain