suria

Selepas ‘Pisang Goreng Power’, kali ini Sid Murshid bagi ‘Lelah’ pula!

Selepas lama menyepi, Sid Murshid tampil dengan Lelah hadiah buat peminat.

PERNAH menjadi topik bualan netizen suatu ketika dahulu kerana lagu Pisang Goreng Power, kali ini penyanyi Sid Murshid tampil dengan lagu baharu berjudul Lelah.

Sid atau nama sebenarnya Murshid Mahmud, 29, berkata lagu Lelah ini merupakan hadiah kepada peminatnya setelah lama menyepi daripada industri hiburan.

Sid mahu peminat kenali dirinya dari sisi lain pula

"Sebelum ini, saya kerap keluarkan lagu berkaitan masakan kerana saya suka memasak.

"Lepas lama tidak menyanyi, kali ini saya datang dengan lagu baru iaitu Lelah dan ianya khas buat peminat yang sentiasa menyokong," katanya kepasa mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly teruja lagu ‘Kan Ku Sudah Kata’ ciptaannya jadi OST filem... sarat mesej tentang kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ku Bersuara’ dapat sambutan pendengar, Ernie Zakri tampil kisah sambungan dalam ‘Astana’

Dalam pada itu, Sid berkata, tercetusnya idea untuk menghasilkan lagu genre balada ini kerana mahu mempamerkan sisi lain dirinya yang jarang ditunjuk kepada orang ramai.

Bagi Sid, proses menggubah lagu berkenaan agak mudah kerana dia gemar mengekspresikan perasaan dan kecintaannya menerusi lagu.

"Alhamdulillah ramai yang bertanya bila akan keluarkan lagu baru kerana lagu-lagu yang lepas berjaya mendapat sambutan

Hobi suka memasak cetus idea untuk Sid cipta lagu berkaitan masakan

"Kalau pengikut saya di media sosial, mereka sudah tidak asing lagi dengan kandungan lifestyle saya. Jadi kali ini saya mahu beri kejutan kepada mereka dengan lagu ini," katanya.

Bercakap lanjut tentang Lelah, Sid memberitahu bahawa lagu ini merupakan hasil ciptannya dan lirik dengan kerjasama Izi Faizal.

Lelah telah dilancarkan pada 9 Disember di semua platform digital dan video liriknya dapat ditonton di saluran YouTube Sid Murshid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain