suria

“Jangan busybody sangat boleh tak?” - Qistina Raisah minta netizen buat research, jelaskan hubungan dengan lelaki dalam foto tular

Qistina berang dengan netizen.

PELAKON remaja Qistina Raisah meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir netizen yang menulis komen negatif berhubung penularan fotonya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Henry Arrayyan.

Dalam isu ini, Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, menasihati netizen agar menjadi lebih bijak dan berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen.

"Saya tidak marah netizen, cuma marah dengan netizen yang bodoh. Korang kalau nak jadi netizen tak kisah, tapi tolong jadi bijak sikit," katanya.

qis2 - 1

Qistina meminta netizen untuk tidak serkap jarang.

Qistina berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Qistina memberitahu Henry merupakan abang kandungnya dan dia pernah berkongsi foto bersama keluarga semasa menyambut Aidilfitri lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh berpeluk dengan lelaki di khalayak, pelakon remaja Qistina Raisah telah difitnah... tak pernah keluar tanpa ditemani ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali 'terluka' komen jahat netizen, bukan sengaja nak nyanyi sumbang

"Kalau korang tengok TikTok Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak saya sambut raya dengan dia.

"Kalau dah sambut hari raya bersama, dah tentulah dia tu abang saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Qistina turut menasihatkan netizen agar menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan tuduhan terhadap mereka berdua.

Saya tidak marah netizen, cuma marah dengan netizen yang bodoh. Korang kalau nak jadi netizen tak kisah, tapi tolong jadi bijak sikit.

QISTINA RAISAH

PELAKON

Pelakon Papa Ricky itu juga meminta agar netizen tidak menyibuk dan menjaga hal tepi kain orang lain.

"Lain kali sebelum nak kecam, tengok dulu Instagram saya. Henry tu siapa, abang saya ke.

"Kau ni kenapa? Jangan busybody sangat hidup tu boleh tak?," katanya.

Sebelum ini, perkongsian Henry di media sosial menyebabkan nama Qistina menjadi perbualan ramai.

Ada netizen yang salah faham mendakwa mereka sedang bercinta dan mengkritik hubungan itu kerana perbezaan usia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain