suria

[V] Tak ambil tahu hal Janna Nick, Dini Schatzmann mengelak jawab gosip sudah putus cinta… “Itu kehidupan peribadi dia”

STATUS hubungan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, Dini atau nama sebenar Dini atau Dini Azan Schatzmann, 28, berkata luahan hati teman wanitanya itu adalah hal peribadi yang tiada kaitan dengan dirinya.

"Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya. Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya.

dini1 - 1

"Maaf saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini," katanya kepada mStar.

Dini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Nestle’s Harvest Gourmet yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick beri gambaran hubungan sudah berakhir, 'unfollow' Instagram Dini Schatzmann - "Cinta kita telah berakhir selamanya"

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen meluat baca luahan 'putus cinta' Janna Nick... "Maaf saya tidak cukup matang hadapi situasi ini"

Dalam pada itu, Dini juga enggan mengulas dakwaan kononnya kisah 'putus cinta' itu merupakan gimik untuk lagu baharu nyanyian Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner.

Pelakon Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu hanya berlalu pergi ketika disoal mengenai status terkini hubungannya dengan Janna.

Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya. Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya.

DINI SCHATZMANN

PELAKON

Menurut Dini, tujuannya hadir pada pagi ini adalah semata-mata untuk majlis pelancaran Nestle dan dia enggan menjawab soalan yang berkaitan peribadi.

"Maaf, saya hadir hanya untuk acara ini dan tidak mahu menjawab sebarang soalan yang berunsur peribadi," ujarnya.

aaaa

Dini masih berteka-teki tentang status hubungan dengan Janna.

Baru-baru ini, Janna menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila dikatakan hubungan cintanya bersama Dini sudah berakhir.

Pelakon wanita itu dikatakan membawa diri ke luar negara untuk menenangkan fikiran dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram teman lelakinya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain