suria

Ibu Reen Rahim minta bakal menantu beri hantaran al-Quran dan set barang kemas… “Saya suka permintaan umi”

Ibu Reen Rahim hanya minta satu set barang kemas dan senaskah al-Quran sebagai hantaran.

BAKAL menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim turut berkongsi hantaran yang akan diterima daripada bakal suami dikenali sebagai Encik H.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata ibunya hanya meminta bakal suaminya itu memberikan senaskah al-Quran dan juga barang kemas.

"Saya tidak pasti boleh kongsi atau tidak tapi ketika bertunang, umi saya ada cakap anak dia ini tak ternilai dan umi hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskah al-Quran yang telah dikhatamkan.

Reen Rahim terima syarat hantaran yang dikenakan ibunya.

"Selain Al-Quran, umi juga minta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya," katanya kepada mStar.

Perkara itu dikongsikan Reen menerusi sidang media khas yang diadakan pada petang Khamis sekaligus memaklumkan menerima tajaan bernilai RM15 juta daripada barang kemas Ceres Jewels & Ceres Gold serta The Kenduri Event Sdn Bhd merangkap perancang perkahwinannya.

"Saya suka dengan pemintaan umi, sebab saya tak boleh minta dia jadi suami baik... yang boleh jaga dan tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dalam diam Reen Rahim hitung hari disatukan dengan Encik H, dapat tajaan perkahwinan RM15 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kesal Fezrul Khan enggan bertanggungjawab insiden cekik... siap tunjuk bukti video

"Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT, jadi dengan al-Quran saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan," ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Reen juga memberitahu bahawa bakal suaminya kini dalam proses menghabiskan bacaan al-Quran.

"Dia terima pemintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca al-Quran dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-12-08 at 15.54.17

Reen Rahim terima tajaan sebanyak RM15 juta.

Sebelum ini, Reen membuat kejutan dengan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Encik H pada hujung tahun ini.

Meskipun sudah bertunang pada Ogos lalu namun Reen masih lagi belum bersedia untuk berkongsi wajah bakal suaminya yang berusia 28 tahun itu bagi menghormati pemintaan keluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain