suria

Mafarikha berehat menyanyi setahun, tidak boleh naik pesawat dan bercuti di tanah tinggi

Mafarikha gembira dapat berjumpa semula dengan keluarga.

BAGI memastikan bahagian paru-parunya benar-benar sembuh, penyanyi Mafarikha memberitahu dia bakal berehat selama setahun dalam dunia nyanyian.

Mafa atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, 29, berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana dalam proses penyembuhan selepas didiagnos menghidap penyakit necrotisihg pneumonia.

"Doktor kata saya masih lagi boleh menyanyi tetapi saya merancang untuk rehat selama setahun.

mafa1 - 1

Mafa ingin berehat selama setahun daripada menyanyi.

"Selepas lebih sebulan masuk wad, saya rasa lebih baik saya berehat lama untuk pulih sepenuhnya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mafa meluahkan rasa syukur kerana diberikan umur yang panjang dan masih berpeluang bertemu dengan keluarga tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Mafarikha imbau lihat 3 pesakit Covid-19 meninggal dunia, sering menangis sampai mental 'koyak'

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang air masuk paru-paru, Mafarikha terpaksa tahan lapar beberapa hari... alami batuk berdarah akibat Covid-19 tahap lima

"Saya bersyukur kerana masih panjang umur dan dapat bertemu semula dengan keluarga.

"Ramai yang tidak tahu tentang penyakit yang dihidapi saya ini dan kadar risiko untuk maut juga tinggi. Jadi, saya bersyukur kerana masih bertahan," ujarnya.

Doktor kata saya masih lagi boleh menyanyi tetapi saya merancang untuk rehat selama setahun.

MAFARIKHA

PENYANYI

Mafa bagaimanapun berkata dia terpaksa berdepan dengan beberapa kesan sampingan selepas bertarung nyawa dengan penyakit itu.

Menurutnya, dalam jangka masa sekurang-kurangnya setahun, beberapa pergerakannya terbatas dan tidak dibenarkan melakukan beberapa aktiviti.

"Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh lakukan dalam masa setahun ini, antaranya melancong menaiki pesawat.

"Saya juga tidak boleh melakukan aktiviti renang dan tidak boleh bercuti di kawasan tanah tinggi," jelasnya.

mafa2 - 1

Mafa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk sembuh.

Sebelum ini, Mafa dimasukkan ke Hospital Kajang pada 24 Oktober lalu kerana dijangkiti Covid-19 tahap lima.

Penyanyi ini kemudiannya disahkan mengalami masalah pada bahagian paru-paru dan terpaksa berpuasa beberapa hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain