suria

Vokalis Azzahra Band Ejai Aziz naik pelamin buat kali kedua selepas setahun menduda 

Ejai Aziz kini bergelar suami kepada Nursyahirah Azhar.

SETAHUN bergelar duda, vokalis kumpulan Azzahra Band iaitu Ejai Aziz selamat melangsungkan perkahwinan dengan Nursyahirah Azhar pada Jumaat lalu.

Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, menyifatkan perkahwinan keduanya itu sebagai satu nikmat yang akan digunakan sebaik-baiknya selepas mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

"Tidak semua orang diberi nikmat bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya anggap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

"Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022.

EJAI2 - 1

Perkenalan singkat membawa ke jinjang pelamin.

"Terima kasih atas doa kalian buat kami dan juga untuk keluarga tercinta. Terima kasih atas segala urusan kelancaran majlis buat kami," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Ejai mendedahkan dia berkenalan dengan isteri sekitar tahun lalu dan menyifatkan perkahwinan mereka sebagai jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bergelar duda, Ejai Aziz nak kahwin lagi tapi masih trauma... "Anak pun dah minta mama baru"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami bingung dia hilang ingatan" - Vokalis Azarra Band cedera di kepala selepas terhantuk ketika main futsal

Katanya, meskipun perkenalan mereka singkat namun ia bukan satu masalah kerana apa paling penting persefahaman dan kepercayaan dalam melayari rumah tangga.

"Kami baru saja kenal tahun lepas, biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis kenduri di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor pada Sabtu.

EJAI1 - 1

Ejai berharap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Untuk rekod, Ejai pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.

Penyanyi itu juga pernah tular kerana berjoget bersama bekas isteri di hadapan Pejabat Agama Islam selepas sah bercerai.

Video yang dirakam di Teluk Intan itu dikongsi di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain