PENYANYI Kelly Azman membidas kenyataan pengacara Azwan Ali yang menganggap dia tidak layak menjadi salah seorang juri dalam program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) kerana berdepan masalah rabun. Tidak ambil pusing dengan sindiran itu, Kelly, 45, berkata dia masih berbangga dengan pencapaian dirinya kerana menerima undangan program televisyen berbanding Azwan. "Dia dah menyalak! Kau jijik dengan aku sekalipun, aku masih keluar TV jadi juri. Kelly tetap dengan pendirian sendiri. "Kau? Duduk diam je di rumah. Jangan banyak menyalak!" katanya. Kelly berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya. Sementara itu, dalam episod pertama ATNM2 yang bersiaran pada malam Ahad, Kelly sekali lagi disindir oleh salah seorang juri iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi yang menyifatkan Kelly pekak kerana tidak dapat mendengar dan menilai persembahan baik peserta. ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman tak peduli netizen kecam, impi ‘Dustakan Cinta’ berentap di AJL ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman percaya pada bakat, tak patah semangat demi peminat "Bagi saya teguran Pak Nil (Aznil) itu tidak relevan. Kenapa saya perlu pergi jumpa doktor telinga sedangkan saya tiada ada masalah pendengaran. "Dia tidak sepatutnya cakap begitu kepada saya kerana saya menilai dari sudut berbeza," ujarnya. Pada episod berkenaan Kelly kurang bersetuju dengan persembahan peserta pertama iaitu Nadeera yang menyampaikan lagu berjudul Cinta (nyanyian asal Marsha Milan). Dia tidak sepatutnya cakap begitu kepada saya kerana saya menilai dari sudut berbeza KELLY AZMAN PENYANYI Disebabkan itu dia tidak bangun memberikan markah seperti mana 48 juri lain yang terpesona dengan persembahan tersebut. "Saya akui dia mempunyai suara yang sedap, namun pada persembahan tersebut nampak seperti berlebihan. "Dia tidak ada aura tersendiri dan itu menyebabkan dia susah nak cari makan dalam industri di masa akan datang," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI