suria

Gara-gara berebut tanah RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood mati dibunuh anak sendiri

Veena Kapoor mati dibunuh oleh anak sendiri.

GARA-GARA berebut tanah pusaka bernilai RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood iaitu Veena Kapoor dilaporkan meninggal dunia akibat dibunuh oleh anaknya sendiri.

Berita kematian pelakon berusia 74 tahun itu telah disahkan oleh rakan artis, Nilu Kohli menerusi hantaran di akaun Instagram, baru-baru ini.

veena1 - 1

Veena Kapoor meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Menurut Polis Mumbai, anak lelakinya iaitu Sachin Kapoor, 43, berulang kali memukul kepala Veena dengan menggunakan kayu besbol dan kemudian membuang mayat ibunya ke dalam sungai.

Sachin yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat mengaku membunuh ibunya hanya disebabkan perselisihan faham melibatkan tanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Power Rangers' Jason David Frank meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kepada penyanyi Backstreet Boys, Aaron Carter meninggal dunia pada usia 34 tahun

"Semasa soal siasat, tertuduh mendedahkan bahawa dia membunuh ibunya dalam keadaan marah. Dia memukulnya beberapa kali di kepala dengan kayu besbol.

"Anak lelaki pelakon itu berkata bahawa pertikaian harta sedang berlaku di antara mereka yang menyebabkan dia melakukan jenayah itu dan membuang mayat ibunya ke dalam sungai di daerah Raigad," kata polis.

Kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

veena2 - 1

Sachin telah ditahan polis untuk bantu siasatan.

Polis telah menahan suspek dan individu yang didakwa bersubahat dengannya iaitu Chhotu atau Lalu Kumar Mandal, 25.

Untuk info, Veena pernah berlakon menerusi drama Bhabhi yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, pelakon ini turut membintangi filem lain termasuk Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna, Dal: The Gang dan Bandhan Pheron Ke.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain