suria

Elly Mazlein tampil sebagai juri pula, bergandingan dengan Zul Ariffin dan Shuib dalam The Masked Singer Malaysia 

The Masked Singer Malaysia kembali untuk musim ketiga.

PROGRAM realiti The Masked Singer Malaysia (TMSMY) bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang menduduki kerusi juri tetap termasuk tujuh muka baharu.

Paling menarik, bekas hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Elly Mazlein turut diumumkan sebagai salah seorang juri tetap menggamatkan pentas tersebut dengan keletahnya yang akan membuatkan penonton tak kering gusi.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, pemilihan juri musim ketiga ini merupakan kombinasi penuh dengan elemen lucu dan lebih menghiburkan.

"Kombinasi kali ini memang sedikit berbeza kerana kami tampilkan elemen lucu dan komedi daripada barisan juri tetap itu sendiri.

tms1 - 1

Antara barisan juri yang akan menghiburkan penonton musim ini.

"Rasanya sesuai dengan kehendak penonton sekarang yang mana mereka inginkan setiap pertandingan perlu ada elemen komedi," katanya.

Selain Elly, tujuh muka baharu juri tetap TMSMY adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero.

Manakala ratu rock negara, Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri tetap untuk tiga musim berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah, Rambutan juara The Masked Singer Malaysia musim kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir-hampir kantoi menyorok dalam kostum Aiskrim Roti, Iman Troye terpaksa tipu sunat rahsia identiti

Datuk AC Mizal pula bertindak sebagai hos program realiti tersebut.

Dalam pada itu, Norzeha memberitahu TMSMY musim kali ini bakal membuka tirai dengan kehadiran 15 orang selebriti terkemuka yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan dan pempengaruh media sosial.

Musim kali ini juga bakal memperkenalkan 15 kostum menarik dan unik yang akan disarungkan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish dan Lollipop.

tms2 - 1

Brokoli antara 15 kostum unik di TMSMY musim ketiga.

Tidak ketinggalan Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

Sementara itu, Norzeha memaklumkan TMSMY masih mengekalkan formal asal program realiti dari Korea Selatan iaitu The King of Masked Singer yang cukup popular di negara berkenaan.

Untuk rekod, musim pertama TMSMY menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul muncul sebagai juara dengan kostum Bunga Raya.

Manakala, penyanyi Shila Amzah pula merangkul kejuaraan musim kedua dengan kostum Rambutan.

TMSMY akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam bermula 23 Disember 2022 di saluran Astro Warna HD, selain boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain