suria

[V] Issey tak pernah beza kasih sayang antara 3 anak tiri, syukur hubungan sudah akrab macam darah daging sendiri

KASIH sayang yang ditunjukkan penyampai radio Issey terhadap tiga anak tirinya sering mendapat pujian ramai meskipun mereka bukan anak kandungnya.

Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata, dia tidak pernah membezakan mereka malah memberi kasih sayang sama rata terhadap tiga anak tirinya iaitu Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Malah Issey menyifatkan kehadiran mereka dalam hidupnya sebagai anugerah dan rahmat yang tidak ternilai.

Issey lebih tenang dengan kehadiran anak-anak.

"Saya tak pernah anggap mereka anak tiri, saya anggap macam darah daging sendiri. Mereka tiada bapa dan sayalah ayah mereka malah saya sentiasa ingatkan untuk doakan ayah kandung mereka.

"Kasih sayang pula saya bagi sama rata, memang tak ada beza langsung. Alhamdulillah ini anugerah Allah yang sangat saya syukuri," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kena basuh poop baby, saya panik!” - Issey gelabah, tak tahu nak tukar lampin bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Issey dapat anak merdeka! Isteri selamat lahir cahaya mata lelaki selepas 7 jam dalam bilik bersalin

Berkongsi perkembangan terkini, Issey memberitahu dia kini sibuk menguruskan syarikat sendiri selain masih bertugas di Gegar FM.

"Saya masih berlakon dan mengacara juga sikit-sikit tapi dua tiga tahun ini saya sibuk membina syarikat produksi sendiri, Red Bean Production. Alhamudillah, masih lagi proses belajar dan ada buat beberapa tele dan drama episod.

"Red Bean Production ini kami target buat apa sahaja asalkan dekat dengan masyarkat sambil ketengahkan budaya terutama budaya Pantai Timur," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain