suria

Iqram Dinzly anggap permintaan puak LGBT sebagai bebal, suruh pindah Australia 

Iqram anggap puak LGBT bebal dan sengal.

PELAKON Iqram Dinzly menyifatkan kenyataan dibuat oleh seorang lelaki berhubung isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang tular di Twitter baru-baru ini sebagai bebal dan tidak kena dengan budaya di Malaysia.

Iqram, 41, sebaliknya menyeru agar golongan ini berpindah ke luar negara untuk membolehkan mereka hidup bebas tanpa sebarang halangan atau tentangan daripada orang sekeliling yang dianggap jumud kerana tidak menerima kehadiran puak berkenaan.

"Aku terdengar interview 'Adam dan Haikal' yang bagi aku agak bebal dan sengal.

"Kau nak tonggeng ke, 69 ke... itu lantak kau, kau punya suka. Buatlah diam-diam tanpa kau rasa kau berhak bersuara. Cuma jagalah kesopanan dan kesusilaan agar bumi Malaysia tidak terbalik dibuatnya.

Iqram minta golongan LGBT hormati bumi Malaysia.

"Pindahlah ke Aussy (Australia) untuk hidup bebas bersama," katanya.

Perkara itu diluahkan Iqram menerusi Instastory miliknya sebagai mengulas mengenai video luahan seorang lelaki dipercayai golongan gay yang meminta agar LGBT diterima di Malaysia.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia bukan mahu menghina golongan tersebut namun kenyataan dikeluarkan individu terbabit sudah menjejaskan nama baik dan kesucian agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu dicekik Fezrul Khan, Iqram Dinzly minta Reen Rahim duduk rumah belajar masak

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali aktif sebagai pelakon, Iqram mahu buktikan dirinya tak gila

Ini kerana kata Iqram, gambaran Islam tidak bertamadun kerana tidak menerima golongan LGBT boleh mengundang bala.

"Islam mengajar untuk menghormati sesama makhluk dan manusia namun Islam tidak pula menyatakan gejala kaum Nabi Luth itu mengaminkan bahagia," ujarnya.

Pelakon sensasi itu turut menasihatkan agar puak berkenaan kembali semula ke pangkal jalan dengan berlandaskan al-Quran dan sunah agar tidak mensia-siakan hidup mereka.

318589108_1071735093503199_768183561962556770_n

Iqram minta penyokong LGBT bertaubat.

"Dan jangan hanya berkata sesuka rasa, kembalilah kepada al-Quran dan sunah sebelum hidup menjadi sia-sia," ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi Naim Daniel turut hebat dikecam puak berkenaan selepas memuat naik twit mengulas mengenai kenyataan dibuat lelaki berkenaan.

Naim dalam ciapannya berkata, setiap manusia di dunia ini berpasangan di antara lelaki dan wanita bukan sebaliknya.

"Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan bukan Adam dan Haikal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain