suria

[V] Kasih Leona dapat perhatian macam ‘Superstar’, Azhar Sulaiman bimbang nama tenggelam gara-gara kontroversi anak… “Dia pakai sopan tak kata apa pula!”

PELAKON Azhar Sulaiman hairan apabila kehidupan peribadi anaknya iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Menyifatkan Leona seorang gadis biasa yang gemar membuat content di media sosial, Azhar, 51, berkata kecaman yang diterima anaknya itu seperti seorang selebriti terkenal.

"Saya sudah bercakap dengan Leona... pada dia senang sahaja, dia bukannya superstar. Dia hanya berkongsi gambar di media sosial.

leona2 - 1

Azhar mendakwa anaknya hanya jadi bahan bercerita netizen.

"Bila dia berpakaian sopan netizen tidak pula berkata apa-apa, tetapi bila dia mengenakan seluar pendek ramai pula netizen yang ambil dan kecam dia media sosial," katanya kepada mStar.

Azhar mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona bangga berjaya goreng telur, mengaku tonton video tutorial sebelum masuk dapur... Netizen kata 'bagus belajar berdikari'

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona tetap jalan tanggungjawab biar jauh di perantauan, tapi tunjuk kertas undi buat netizen tak berkenan

Menurut Azhar, Leona sering mengadu kepadanya apabila netizen melemparkan kecaman atas apa yang dilakukan.

"Bak kata Leona, mereka seperti masuk ke rumahnya dan curi-curi dengar kemudian keluar dan sebarkan kepada orang lain.

"Adakah anda rasa itu perkara yang baik? Apa sahaja yang dilakukan oleh anak saya biarlah urusannya itu dengan Tuhan," ujarnya.

Bila dia berpakaian sopan netizen tidak pula berkata apa-apa.

AZHAR SULAIMAN

PELAKON

Dalam pada itu, Azhar menganggap anak perempuannya itu hanya menjadi bahan gosip di portal yang boleh menaikkan rating pembaca.

"Sebagai seorang yang aktif di media sosial, saya juga mencari info di laman web lain sebelum saya melontarkan idea. Jadi, bahan untuk kita bercerita perlu cari ditempat lain terlebih dahulu.

"Bagi saya, Leona juga hanya menjadi bahan bercerita kepada netizen. Orang tidak mahu melihat perkara-perkara yang baik, sebaliknya mereka mahukan sesuatu yang sensasi," katanya.

leona1 - 1

Leona sering mendapat perhatian netizen.

Sebagai bapa, Azhar mengakui dia tidak selesa apabila namanya terpalit kontroversi melibatkan anaknya itu.

"Sebagai bapa, sejujurnya saya tidak selesa kerana pertamanya orang akan kecam saya. Kemudian, pergi mana-mana pun orang akan panggil saya bapa Leona.

"Nama saya pun orang dah tak sebut, jadi lama-lama Azhar Sulaiman sudah dilupakan," katanya..

Sedar cabaran membesarkan anak gadis, Azhar bagaimanapun menganggap perkara ini sebagai lumrah kehidupan.

Namun dalam masa sama dia berharap agar Leona dapat berubah, lebih-lebih lagi kini hidup di perantauan.

"Dia masih muda, saya berharap dalam setahun dua mungkin dia akan berubah. InsyaAllah manusia akan berubah.

"Semua ini adalah lumrah kehidupan, lebih-lebih lagi bagi orang muda seperti Leona. Sekarang dia pun sedang berjauhan dengan kami kerana belajar di luar negara. Saya harap dia akan berubah nanti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain