suria

Selalu riuh tapi tiba-tiba senyap... Vida tertidur ketika buat live, netizen pula tuduh ‘marketing’ murahan 

Vida tertidur ketika sedang lakukan siaran langsung.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tertidur ketika bersiaran langsung di Instagram pada Isnin lalu.

Vida atau Hasmiza Othman, 50, berkata, dia tertidur kerana keletihan disebabkan membuat video live yang agak panjang demi mempromosikan produk keluarannya kepada pelanggan.

Tambah Vida, itu adalah realiti yang tidak diketahui orang ramai dan terpaksa dilalui setiap hari tanpa gagal demi mencari rezeki meskipun sentiasa berada dalam keadaan kepenatan.

"Tertidur masa live tadi, kadang-kadang penat. Inilah kehidupan saya. Live daripada pagi sampai pagi esoknya. Tak pernah putus asa walaupun kadang-kadang 'jatuh'," katanya.

Datuk Seri Vida tertidur ketika live.

Perkara itu dikongsikan Vida menerusi Instagram sambil memuat naik video dia terlelap di hadapan kamera.

Dalam pada itu, Vida turut berterima kasih kepada pengikut setianya yang sentiasa memberi sokongan sekali gus membuatkan dia sentiasa bersemangat dan cekal menghadapi semua cabaran dalam dunia perniagaan.

"Terima kasih kepada sayang semua yang selalu sokong saya," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida terjerit-jerit sokong Ismail Sabri, netizen istighfar tengok aksi tayang dada

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Swipe’ cetus fenomena, lagu baharu Alyph mungkin ada Vida lagi

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai netizen yang tidak percaya dengan apa diperkatakan Vida malah menuduh usahawan itu sengaja buat-buat tidur sebagai teknik pemasaran terbaharu melariskan produk.

Malah ada menyifatkan ia sebagai content murahah dan meminta Vida mencari idea baharu untuk mempromosikan produk keluarannya.

"Konten murah! Marketing low class... Acah-acah tidur konon. Buat-buat tidur pun cantik Datuk ini, tapi memang berniaga itu penat.

Datuk Seri Vida dikecam tertidur masa live.

"Datuk jangan nak drama sangat ya... nampak sangat marketing.

"Kalau betul mengantuk masuk tidur, nanti dah segar baru buat marketing balik. Mengantuk pun boleh buat marketing ya Datuk?," antara komen pedas pengikutnya.

Pun begitu, masih ada yang berasa kasihan dengan usahawan berkenaan dan memahami bukan mudah menjadi usahawan sepertinya yang terpaksa mengorbankan pelbagai perkara termasuk masa untuk diri sendiri.

Ramai melahirkan rasa kagum terhadap Vida yang tidak pernah jemu berusaha demi mencari rezeki halal biarpun ramai menghentam dan menganggap dia menipu demi sebuah content.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain