KEADAAN kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan semakin baik selepas dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor sejak 20 November lalu akibat pendarahan pada bahagian paru-paru. Berkongsi perkembangan terkini, rakan artis iaitu Ungku Ismail memaklumkan Nad masih dalam proses pemulihan dan perlu banyak berehat. "Keadaan Nad bertambah baik... Dia masih dalam proses pemulihan. Nad kini masih dalam proses pemulihan. "Saya pun tidak mahu update setiap hari kerana Nad perlu banyak berehat. Atas permintaan keluarga, saya juga tidak boleh berkongsi secara terperinci tentang keadaannya sekarang ini," katanya Ungku memberitahu perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Bercakap mengenai Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini, Ungku memaklumkan tabung itu berjaya mengutip RM270,000 hasil sumbangan orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan, bantu keluarga tampung kos rawatan hospital ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sudah boleh bercakap, Ungku Ismail minta henti spekulasi tidak benar Wang tersebut telah digunakan bagi menampung kos rawatan Nad sepanjang dia berada di hospital berkenaan dan selain itu turut digunakan dengan memberi sedekah sebagai satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakitnya. "Sebahagian wang itu digunakan untuk kos rawatan hospital. Apa sahaja yang berkaitan kos rawatan dan ikhtiar akan menggunakan wang sumbangan itu. Selebihnya akan akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan perlu berehat di rumah UNGKU ISMAIL PELAKON "Dalam hadis juga ada menyebut sedekah sebagai satu cara ikhtiar ketika ketika sakit. Jadi dengan duit itu ia telah diinfaqkan atas nama Nad kepada rumah tahfiz, masjid dan golongan yang memerlukan. "Selebihnya akan akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan perlu berehat di rumah," ujarnya. Hasil kutipan sumbangan digunakan untuk menampung kos rawatan Nad di hospital. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, sebelum ini pernah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) akibat masalah yang dihidapi. Dia juga pernah direhatkan sebagai salah satu proses rawatan supaya paru-paru kembali berfungsi dengan baik selepas doktor mengeluarkan darah yang terdapat pada bahagian tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI