suria

Takut mati sebab potong usus, Vida batal niat saat akhir… Pesan rakan founder jangan tipu pengguna

Vida tidak sanggup melakukan pembedahan bariatrik.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mendedahkan pernah membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000 bagi melakukan pembedahan bariatrik sekitar enam tahun dahulu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, bagaimanapun berkata hasrat tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir kerana perasaan takut untuk meneruskan prosedur berkenaan.

"Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.

vida 11

Vida berjaya menurunkan berat badan tanpa pembedahan bariatrik.

"Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu.

"Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba," katanya kepada mStar.

Vida ditemui di majlis sidang media pengumuman top 5 Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung ke Petaling Jaya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila ada boyfriend dia lebih jaga penampilan” - Vida bagi ‘green light’ Cik B cari kekasih, restu kalau anak kahwin muda

ARTIKEL BERKAITAN: Gembira Sherry Alhadad sudah kurus tapi Aishah minta jangan sebar fitnah tentang bariatrik - “Ini bukan pembedahan kosmetik”

Enggan mengambil jalan pintas untuk kurus, Vida memilih mengamalkan produk keluaran syarikatnya bagi menurunkan berat badan selain mengekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti harian.

Dalam masa sama, dia juga menyelar tindakan mana-mana pengusaha produk pelangsingan sepertinya yang menggunakan kaedah pembedahan sebagai cara untuk mengaburi mata pengguna.

"Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan baritrik teruskanlah. Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.

Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

"Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang pencalonan dalam GMWA2022, Vida tidak menyangka video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan berjaya menjadi senarai top 5 meskipun sebelum ini mendapat kritikan banyak pihak.

gempak 11

Antara calon-calon GMWA2022.

Calon lain tersenarai dalam kategori Video Muzik Tergempak 2022 adalah Gatal (Janna Nick), Casablanca (Naufal Azrin dan Nuha Bahrin), Bad (Dolla) dan Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow).

"Kekuatan pada MV tersebut adalah jalan cerita yang disampaikan selain ia juga menjadi viral. Saya tak sangka tercalon dalam anugerah ini.

"Ada sesetengah orang selalu pisahkan antara bidang usahawan dan dunia seni, namun dengan pencalonan ini terbuktilah saya juga seorang penyanyi," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain