suria

Isteri hargai pengorbanan Achey, minta maaf belum ada rezeki bagi zuriat

Achey dan isteri masih berusaha untuk dapatkan zuriat.

SELEPAS gagal proses rawatan persenyawaan in vitro (IVF), isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya memohon maaf kepada suaminya itu kerana masih belum mampu memberikan zuriat.

Reda menerima keputusan itu, Hasanah, 32, berkata dia tidak berputus asa dan akan berusaha melahirkan zuriat buat suami tersayang.

"Maafkan belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya. Saya sayang awak," katanya.

ac2 - 1

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.

Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Hasanah turut menghargai segala pengorbanan yang dilakukan Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, yang banyak memberikan kekuatan serta membantunya menguruskan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum rezeki... Rawatan IVF tak berjaya, netizen sayu lihat Achey pujuk isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Proses IVF isteri masuk peringkat seterusnya, Achey serah ketentuan Allah beri rezeki anak

Kata Hasanah, Achey merupakan sumber kekuatan dan seorang suami yang bertanggungjawab kerana menjaganya ketika sakit.

"Terima kasih selama ini menjadi tulang belakang, banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak. Bahagikan masa awak antara kerja dan kami.

"Terima kasih banyak-banyak jaga saya masa sakit. Saya hargai sangat-sangat," ujarnya.

Maafkan belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya.

NOR HASANAH YAHAYA

ISTERI ACHEY

Sementara itu, rata-rata peminat turut tumpang simpati dan mendoakan agar pasangan ini kuat dan dipermudahkan urusan.

"Sedihnya. Semoga awak kuat InsyaAllah ada hikmah yang lebih baik. Tabah dan jangan putus asa, cuba lagi InsyaAllah akan tiba masanya nanti.

"Semoga awak kuat sahabat. InsyaAllah satu hari nanti. Teruskan berdoa, kita percaya rahsia Allah.

"Semoga dipermudahkan urusan akak dan suami. Aamiin," tulis netizen.

ac1 - 1

Achey dan isteri bersama anak angkat mereka, Tiara.

Pasangan ini memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu, namun hasil keputusan rawatan berkenaan tidak berjaya.

Achey dan Hasanah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain