suria

Rizman Ruzaini tubuh RR Empire, mahu bantu orang ramai jana pendapatan tanpa modal... siap dapat latihan percuma!

Rizman Ruzaini mahu bantu orang ramai jana pendapatan dengan program RR Empire.

JENAMA fesyen terkenal Rizman Ruzaini melancarkan program perniagaan tudung dan beg tangan di bawah label RR Empire dalam usaha membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Tidak hanya itu, Rizman atau Rizman Nordin, 37, berkata, orang ramai yang mendaftar turut diberikan kelas dandanan, solekan dan tutorial cara berhijab sebagai membantu mereka memasarkan produk.

"Orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan.

"Mereka hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain," katanya kepada mStar.

Program RR Empire tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan

Rizman berkongsi mengenai perkara itu menerusi sidang media RR Empire Program yang diadakan di Hotel Shanri-La Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ruzaini atau Wan Ruzaini Wan Jamil, 37, pula memberitahu, meskipun label itu baharu bertapak selama dua tahun namun bersyukur sudah melangkah setapak dengan membuka butik flagshop pertamanya di Four Seasons Place baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Fazura didakwa bermasalah, ini jawab Rizman Ruzaini!

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan pereka fesyen gores hati, Natasha Hudson tuntut Rizman Ruzaini mohon maaf - “Mereka berat sebelah... mungkin sebab saya bukan artis gred A”

Malah kata Ruzaini, mereka bakal memperluaskan lagi pasaran RR Empire dengan membuka beberapa kioks tetap di seluruh Malaysia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan yang dijual.

"Insya Allah tahun depan sasaran kami untuk buka 10 kioks tetap di seluruh Malaysia.

"Kiosk tetap pertama masih dalam perbincangan dan mungkin akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Mira Filzah telah dipilih sebagai model bagi salah satu koleksi Riverra Scarves

Tidak hanya itu, jenama Rizman Ruzaini juga bakal menembus pasaran Arab Saudi selepas mendapat maklum balas positif daripada seorang ahli perniagaan yang membuat tempahan busana daripada mereka.

Dalam perkembangan lain, Ruzaini memberitahu produk terbaharu mereka, Riverra Scarves iaitu tudung bercorak mono yang didatangkan dengan 20 pilihan warna turut dilancarkan dan gembira ia mendapat sambutan luar biasa pelanggan.

Malah pihaknya turut melantik pelakon Mira Filzah sebagai salah seorang muse koleksi berkenaan.

"Setiap bulan kami akan datang dengan corak baru dan pilihan warna yang ditawarkan kepada pembeli sangat banyak," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain