suria

“Panas seterika baju pun dah melompat kesakitan dan kepanasan...” - PU Syed tegur Uyaina Arshad, minta jangan buat main soal neraka

PU Syed minta Uyaina dan Bella bertaubat.

SEJAK beberapa hari lalu, nama Uyaina Arshad menjadi buah mulut warganet yang kesal dengan gurauan dibuat pengacara tersebut yang disifatkan tidak bertempat.

Ia ekoran Uyaina memuat naik video TikTok bersama rakan selebriti, Bella Dally yang berseloroh dirinya tidak mahu terjerumus dalam neraka seorang diri sebaliknya mahu mengheret Bella bersamanya.

Bagaimanapun, video yang mendapat kecaman itu telah dipadam selebriti itu.

Susulan itu, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menegur Uyaina yang menyifatkan gurauan tersebut sebagai berani.

318569404_1291702595010106_4040609278351988879_n

PU Syed tegur tindakan berani artis bergurau isu neraka.

Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata, soal neraka bukan bahan yang boleh dijadikan jenaka malah seseorang tidak dapat membayangkan betapa siksanya jika dicampakkan ke sana akhirat kelak.

"Betapa beraninya kamu buat content sebegini? Sebelum ini ada yang melawak, jual topi dan dikatanya topi kalis api neraka. Tiba-tiba muncul pula video ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend TikTok, Uyaina Arshad ditegur bergurau soal neraka... “Jangan kerana trending kita melampaui batas”

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tayang kekasih berlainan agama, PU Syed tegur aksi mesra Yazmin Aziz

"Masih dengan isu api neraka... Kalian boleh buat main dengan api neraka? Panas seterika baju itu pun kamu dah melompat kesakitan dan kepanasan, ini pula tentang neraka?" katanya.

Perkara itu diluahkan Syed menerusi akuan Instagram miliknya yang turut memaparkan video dua selebriti berkenaan.

Dalam pada itu, Syed juga meminta agar dua selebriti itu agar insaf dengan perbuatan mereka dan tidak sesekali melakukan hal serupa pada masa akan datang.

Video Uyaina dan Bella Dally bergurau tak kena tempat.

"Minta dua orang yang buat content ini bertaubat kepada Allah dan jangan ulanginya lagi," katanya lagi.

Menerusi perkongsian video tersebut, Uyaina menggunakan audio Moodnya yang sedang trending di laman sosial.

Meskipun audio itu bukan diucapkan sendiri pengacara berkenaan namun peminat minta Uyaina berhati-hati dengan sebarang tindakannya kerana ia boleh memakan diri.

Audio itu menyebut, 'Tuhan jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku, masa aku masuk sendiri Tuhan?'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain