SELEPAS hubungan cinta mereka dikatakan sudah berakhir, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann dilihat menghabiskan masa bersama di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. Kelibat pasangan itu dirakam oleh seorang peminat yang kemudiannya memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok. Dalam video berkenaan, Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, kelihatan seperti membuat reviu manakala Dini bertindak merakam aksinya. Kemunculan rakaman itu membuatkan peminat keliru melihat mereka masih bersama seolah-olah tiada apa berlaku memandangkan sebelum ini aktres berkenaan dilihat patah hati sehingga membawa diri ke luar negara. Janna dan Dini masih lagi berkawan. Ramai turut mempersoalkan sama ada mereka benar-benar sudah putus atau hanya sekadar marketing apatah lagi Janna baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, Mentari Setia. "Mereka putus betul-betul ke tak? Ke sebab marketing je ni. "Harap korang kekal. Hehe!," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak ambil tahu hal Janna Nick, Dini Schatzmann mengelak jawab gosip sudah putus cinta... "Itu kehidupan peribadi dia" ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kongsi foto dalam pelukan lelaki, netizen kesal luahan putus cinta hanya gimik lagu... "Tak baik tipu kami" Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen turut memuji Janna dan Dini yang mampu bersikap profesional memandangkan aktor itu adalah rakan kongsinya menerusi produksi milik, Janna Nick Studios. Kata netizen, sikap ditunjukkan mereka wajar dicontohi kerana meskipun hubungan cinta sudah berakhir ia bukan bererti tidak boleh berkawan atau bekerja bersama. "Mereka memang dah putus. Tapi Dini kan bekerja dekat syarikat Janna. Macam ni baru professional, dah putus masih boleh bekerjasama, boleh berkawan. "Tengok cara Janna cakap dia memang dah putus. Tapi Dini rakan partner kerja dalam JN Studios," tulis netizen. Hubungan cinta Janna dan Dini dikatakan sudah berakhir. Bagaimanapun, ramai turut mendoakan agar pasangan tersebut terus kekal bersama dan melupakan sebarang sengketa yang berlaku sebelum ini. Terdahulu, kecoh mengatakan hubungan cinta di antara mereka berdua sudah berakhir apabila Janna memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya ketika ini. Malah pelakon itu membawa diri ke luar negara seorang diri bagi mencari ketenangan selain tidak lagi mengikuti Instagram Dini. Bagaimanapun, Janna baru-baru ini menjelaskan mereka masih lagi berkawan dan bekerjasama membangungkan syarikat produksi mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI