suria

Siap bermekap untuk ‘content’ media sosial, Syafiq Naser kesal dituduh mahu tukar jantina… “Tak pernah terlintas”

Syafiq Naser tak terfikir nak tukar jantina.

GARA-GARA mengenakan solekan semasa membuat kandungan media sosial, penyanyi Syafiq Naser dikecam kerana dilihat berperwatakan seperti wanita hingga ada menuduhnya mahu menukar jantina.

Tampil menafikan perkara itu, Syafiq, 27, berkata dia tidak pernah terlintas difikirannya untuk melakukan perbuatan itu dan ia merupakan satu tuduhan tidak berasas.

"Saya akui memang ada hasilkan bahan kandungan dengan mengenakan solekan, tetapi itu bukan bermaksud saya nak jadi wanita.

Syafiq Naser tak nak tukar jantina jadi perempuan.

"Tak pernah terlintas pun di hati nak tukar jantina, tapi disebabkan video itu, ada yang anggap saya begitu.

"Mereka tengok saya berperwatakan lembut dan kawan sekeliling saya sama seperti saya... itu menguatkan lagi tuduhan mereka," katanya.

Syafiq menjelaskan bahawa karakter dirinya sedikit lembut sejak di bangku sekolah dan bukan dibuat-buat.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen meluat perwatakan ‘over’ Syafiq Naser, tak fasal-fasal dibandingkan dengan Amsyar Lee

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Nursyafiq bawa lagu tradisional di pentas Vokal Mania tercapai - “Saya nak naikkan semula lagu-lagu seperti itu”

"Bagi mereka yang sudah lama mengenali, mesti tahu memang saya begini sejak dulu. Kalau saya buat video dan bahan kandungan di media sosial jadi watak-watak tertentu, itu pun cuma lakonan semata.

"Itu umpama ‘alter ego’ saya. Kalau orang jumpa saya di luar, tak ada pun saya terkinja-kinja jadi perempuan. Adakala, orang yang jumpa pula rasa pelik dan tanya kenapa saya di luar lain, di media sosial lain.

"Saya tak tersinggung pun sebab faham, tak semua orang kenal. Hanya diri sendiri dan orang terdekat saja tahu saya ini bagaimana. Tak mengapalah, saya pun penat nak jawab pertanyaan atau tuduhan netizen setiap kalinya. Layankan sajalah," katanya lagi.

Syafiq hasilkan konten ikut isu semasa bukan menyindir.

Berkongsi tentang penghasilan content di media sosial yang dikatakan menyindir segelintir pihak, Syafiq menafikan mengenai perkara itu.

Jelasnya, video yang dihasilkan melihat kepada isu semasa dan tidak berniat untuk mengutuk mana-mana individu.

"Tetapi dari satu sudut lain, mungkin orang yang menonton video itu dapat satu mesej positif di mana, kita sebagai manusia ini usahlah lekas menghukum orang lain. Jika ambil dari sudut yang baik, maka baiklah!” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain