suria

Suami restu Yana Samsudin terus aktif dunia ‘streaming’, bukan sekadar main game tapi siap bagi motivasi

Yana seronok ceburi bidang baharu.

PENGLIBATAN pelakon Yana Samsudin dalam dunia penstriman permainan atas talian atau eSport sejak tiga tahun lalu secara tidak langsung dapat membantu golongan remaja mengembangkan potensi mereka dalam sukan berkenaan.

Kata Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin, 38, sepanjang sesi siaran langsung itu dia juga berkesempatan menyampaikan motivasi dan ilmu kerohanian bersama pengikutnya.

"Saya bukanlah sekadar main game sahaja. Penglibatan dalam dunia baru ini juga bagaikan satu tanggungjawab untuk saya berikan sesuatu kepada komuniti. Inilah cara untuk mengajar golongan remaja untuk mencuba sesuatu yang boleh menonjolkan bakat mereka.

Yana bersyukur suami dan keluarga beri sokongan.

"Dalam masa sama saya juga ada kongsikan kisah motivasi dan kerohanian. Dalam dunia streaming ini ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang tahu tentang undang-undang dan kemanusiaan. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka," katanya kepada mStar.

Yana ditemui di majlis sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Meskipun aktif dalam dunia streaming itu, ibu kepada dua orang cahaya mata memberitahu dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Level-level otai! Diam-diam dah 2 tahun Yana Samsudin jadi ‘streamer’, antara wanita terawal terjun dunia eSport

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar pegang kerepek disunting, Yana Samsudin bengang foto jadi iklan produk kurus... “Jangan sampai Kak Yong datang!”

Malah, dia bersyukur kerana suaminya iaitu Fadzil Zahari sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan untuk dia meneruskan aktiviti berkenaan.

"Suami tak pernah nak sekat saya bermain game sebab dia tahu apa yang dilakukan ini adalah betul kerana niat mahu bantu golongan remaja. Biasanya saya akan main game selama tujuh hingga lapan jam sehari, jadi pengurusan masa adalah penting untuk seimbangkan kehidupan berkeluarga.

Dalam dunia ini ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang tahu tentang undang-undang dan kemanusiaan. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka

YANA SAMSUDIN

PELAKON

"Saya juga akan pastikan mandi selepas lama bermain game sebab tak mahu rasa letih. Biasanya orang muda akan terus tidur, itu adalah tidak elok," kongsinya.

Dalam masa sama, pelakon Bini-Biniku Gangster ini juga turut meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif berlakon, namun dia terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan komitmen keluarga.

Sempena GMWA2022 yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2023, Yana tercalon dalam kategori Personaliti Gamer Tergempak bersama Soloz, Kambing Golek, Jaa Suzuran dan Daddy Hood.

yana 13

Yana bersama calon-calon GMWA2022.

"Memanglah rindu nak berlakon, tapi saya tak boleh aktif macam dulu sebab ada komitmen keluarga. Cukuplah dalam setahun terima dua atau tiga tawaran sahaja.

"Dunia gaming ini pula sangat baru bagi saya, namun ia bukanlah sekadar 'acah-acah'. Kalau tak serius tak mungkin bertahan selama tiga tahun," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain