JUARA program Suara Viral 2.0 dan guru vokal, Adzrin Adzhar mendedahkan tabiat pengambilan minuman kolagen bagi memutihkan kulit sebelum ini dipercayai mengaktifkan sel kanser yang dihidapinya pada 2015. Enggan menyatakan jenama produk tersebut, Adzrin atau Noradzrin Adzhar, 37, bagaimanapun menasihatkan orang ramai bahawa tubuh manusia tidak memerlukan kolagen tambahan kerana ia boleh mendatangkan masalah lain pada kesihatan. "Saya minum kolagen untuk putihkan kulit. Saya tak nak beritahu jenama apa tetapi benda itu yang mengaktifkan sel kanser saya. "Kita tak perlu kolagen tambahan yang 'berjuta-juta' itu guys," katanya. Adzrin kini sudah bebas kanser. Adzrin berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya bagi menjawab soalan pengikutnya tentang cara mengenal pasti seseorang itu menghidap kanser ovari. Penyanyi itu terdahulu berkongsi tentang diagnos kanser dihidapinya sekitar tujuh tahun lalu namun disahkan pulih pada 2018. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi 'Pujaan Malaya' - Adzrin Adzhar bebas kanser ovari ARTIKEL BERKAITAN: Pendengaran dan penglihatan mula terjejas, Elyana kongsi kesan sampingan 12 tahun lawan kanser Dalam pada itu, penyanyi lagu Pujaan Malaya itu berkata, sebulan sebelum dia disahkan menghidap kanser ovari tahap dua, dia mengalami masalah ketika membuang air kecil meskipun minum sekurang-kurangnya lima liter air setiap hari. "Dalam sebulan saya pergi sebanyak lima buah klinik dan semua doktor memberitahu saya mempunyai masalah kurang air. "Saya beritahu doktor sudah minum lima liter air tetapi masih mempunyai masalah sama iaitu asir kencing saya berwarna hijau," ujarnya. Saya minum kolagen untuk putihkan kulit. Saya tak nak beritahu jenama apa. Tapi benda itu yang mengaktifkan sel kanser saya. ADZRIN ADZHAR PENYANYI Bercerita lanjut mengenai kanser dihidapinya, Adzrin memberitahu pada awalnya ujian air kencing dan darah tidak menunjukkan dia menghidap kanser. Bagaimanapun selepas seminggu melakukan ujian berkenaan, pihak hospital kemudiannya mengesahkan diagnos kanser ovari. "Pada mulanya saya lega apabila doktor beritahu saya tak mempunyai masalah buah pinggang namun menghidap kanser ovari. Adzrin juga merupakan seorang guru vokal. "Dua jam saya menangis dalam kereta berfikir bagaimana caranya untuk memberitahu ibu. Apabila sudah dapat kekuatan, barulah saya telefon dan cerita semuanya," katanya. Sementara itu, Adzrin turut berkongsi simptom-simptom awal dihadapinya sebelum disahkan menghidap barah tahap dua. Antaranya termasuklah sakit ketika membuang air kecil, perut menjadi kembung, gastrik melampau, sembelit serta darah spotting seperti di awal haid. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI