suria

[V] Baru minggu pertama dah kena maki, Janna Nick pertahankan diri tuduhan bingit kendali ‘Famili Duo’

BAHARU minggu pertama muncul sebagai pengacara Famili Duo, pelakon Janna Nick teruk dikecam warganet yang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan program tersebut yang berlangsung pada malam Ahad.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, berkata, dia mengaku kesilapannya yang mengeluarkan suara agak kuat semasa mengacarakan program berkenaan selain masih mencari keserasian dengan rakan gandingannya, Sean Lee.

Jelas Janna, dia melontarkan suara dengan kuat kerana berdepan masalah teknikal apabila mikrofon miliknnya mengalami masalah.

"Bingit itu memang saya akui kesilapan saya sebab pada awal program mikrofon saya ada masalah... saya sendiri tak dapat dengar suara saya.

Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos Famili Duo.

"Bila saya tak dengar, saya anggap orang lain pun sama tapi bila produksi tukar mikrofon barulah okay.

"Saya sebagai pengacara apabila mikrofon tak berfungsi, kita cuba untuk bercakap kuat, tapi bila baca komen orang cakap kuat, baru saya sedar mikrofon saya ada masalah tapi bila tukar dah okey," katanya kepada mStar.

Janna menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas pertandingan program itu selesai yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kongsi foto dalam pelukan lelaki, netizen kesal luahan putus cinta hanya gimik lagu... “Tak baik tipu kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat rakam Janna Nick dan Dini Schatzmann di Genting Highlands, doa mereka terus kekal bersama

Dalam pada itu, mengulas dia kerap memotong komen juri sehingga ada mengelarnya biadab, Janna menjelaskan dia hanya menjalankan tanggungjawab bagi bertindak mengawal program itu agar ia tidak melebihi masa.

Kata Janna, orang luar tidak memahami tugas tersebut yang memerlukan dia mengambil watak 'jahat' untuk memotong ketika juri sedang memberi komen.

"Kita faham juri mahu berikan komen terbaik agar peserta dapat memperbaiki persembahan... kalau program ini lima jam saya akan biar apa juri nak kata, tapi macam tadi kita dah terambil 15 minit sehingga ada persembahan yang terpaksa ditolak.

Saya ambil watak 'jahat' dan terpaksa potong dan menyampuk komen juri.

JANNA NICK

PELAKON

"Saya selalu dapat watak jahat, saya akan ambil watak itu dan terpaksa potong serta menyampuk komen juri. Tak apalah biar orang nak kata apa... Janna Nick menyampuk... Janna Nick potong cakap juri... saya terima teguran itu dengan hati yang terbuka.

"Saya juga menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara di mana acara ini berlangsung selama dua jam.

"Saya tak ambil hati dengan komen mereka kerana orang yang komen tidak ada dalam situasi kita di atas pentas. Kita tak boleh nak sakit hati dengan komen dia orang. Kalau dia orang tak suka tak apa... Insya Allah minggu depan saya bagi yang lebih baik," katanya lagi.

245640856_3084569498443732_6659302417286879615_n

Antara komen daripada netizen tentang Janna Nick.

Sementara itu, Janna turut menyangkal dakwaan dia cuba meniru gaya pengacaraan Elly Mazlein sebaliknya menuruti permintaan penerbit.

"Ini adalah permintaan penerbit bukan saya nak jadi Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein). Saya tidak study cara Kak Lina mengacara, tapi ini adalah pemintaan penerbit yang mahu saya seratus peratus mewakili peserta dan saya bersuara untuk peserta.

"Jadi saya memang kena lawan juri terutama apabila ada kata-kata yang agak melampau pada peserta, saya kena suarakan. Saya sebagai orang yang dibayar gaji perlu tonjolkan apa itu DNA Famili Duo memandang musim kali ini lebih serius," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain