suria

“Masyarakat kurang peka dan tidak faham”- IamNeeta tampil lagu baharu, angkat mesej depresi

iamNEETA lancar single terbaharu 'Depresi'.

SELEPAS sedekad berada dalam industri muzik tanah air, kumpulan iamNEETA memberi kejutan kepada peminat apabila tampil dengan lagu baharu berjudul Depresi.

Pemain bass kumpulan itu iaitu Anas memberitahu lagu yang dicipta kali ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai isu depresi.

"Banyak dah kes yang kita dengar berakhir dengan perkara yang menyedihkan. Saya rasa ini boleh terjadi kerana sikap masyarakat yang kurang peka dan faham tentang depresi.

neeta2 - 1

iamNEETA ingat menyampaikan mesej menerusi lagu Depresi.

"Jadi kami ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai untuk bersama-sama memahami apa sebenarnya penyakit depresi ini," ujar Anas kepada mStar.

Kumpulan ini berkongsi perkembangan muzik mereka itu semasa sidang media A Decade I Am Neeta - Depresi Launching yang diadakan di Z Botanica Nicsman, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi dah stabil, Neeta Manishaa kembali aktif media sosial... maafkan individu buat TikTok 'salah parking'

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video 'salah parking' emosi Neeta Manishaa kini terganggu... ambil keputusan berehat daripada media sosial

Kumpulan yang popular dengan lagu Terima Kasih ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 13 buah lagu sepanjang 10 tahun berada di dalam industri hiburan tanah air.

Sementara itu, vokalisnya iaitu Neeta memberitahu kumpulan ini akan mengadakan persembahan istimewa untuk peminat pada tahun hadapan.

"Syukur kerana kami berpeluang hasilkan lagu yang banyak sepanjang berada di industri muzik.

Banyak dah kes yang kita dengar berakhir dengan perkara yang menyedihkan. Ini boleh terjadi kerana sikap masyarakat yang kurang peka dan faham tentang depresi.

iamNEETA

PENYANYI

"Kami tahu era sekarang cukup ramai penyanyi baru yang mempunyai suara bagus hasilkan lagu dan terus popular. Tetapi kami ingat kepada peminat di luar sana yang masih menyokong tanpa henti dan sentiasa menantikan single terbaru kami.

"Kalau ada rezeki mungkin bulan Mac tahun depan kami akan adakan persembahan. Cuma buat masa sekarang ianya masih dalam perbincangan berkaitan konsep yang akan dibawakan, tempat dan sebagainya," ujarnya.

Selain Anas dan Neeta, kumpulan iamNEETA juga dianggotai oleh Patrick.

neeta1 - 1

iamNEETA melancarkan lagu terbaharu mereka Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Patrick selaku pencipta lagu berbesar hati kerana dapat menyampaikan mesej tersirat dalam lagu berkenaan.

"Depresi adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih berpanjangan. Ia boleh dihadapi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, kaum, agama dan bangsa.

"Mereka perlukan kita. Cukup menjadi pendengar dan itu sudah memadai," kata Patrick yang merupakan pemain gitar.

Lagu Depresi telah dilancarkan di semua platform utama dan muzik video boleh ditonton di saluran YouTube NARTVNETWORK.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain