suria

Nabila Huda kongsi pengalaman buruk bercuti di Vietnam, tawar hati layanan masyarakat setempat

Nabila pernah terima layanan buruk semasa bercuti di Vietnam.

PERNAH menerima layanan buruk semasa bercuti di Vietnam, pelakon Nabila Huda berkongsi pengalamannya semasa berkunjung ke negara berkenaan.

Mengakui Vietnam sebuah negara yang indah dan menarik, Nabila atau Nur Nabila Huda Suhami, 38, bagaimanapun berkata dia kecewa dengan layanan kurang mesra masyarakat setempat.

Cerita Nabila, dia pernah ditipu dan ada yang bersikap rasis terhadap pelancong.

abil1 - 1

Nabila sering bercuti ke luar negara.

"Vienam banyak tempat cantik. Serius, saya suka Vietnam. Tapi secara jujurnya, saya kecewa dengan cara mereka melayan orang Asia.

"Tak dilayan dengan baik, rasis, banyak scam. Semua duit. Kena tipu lagi," katanya.

Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda terkejut tengok keadaan Nad Zainal di ICU, pertama kali lihat sahabat baik sakit teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Bakat dapat pengiktirafan ASA2022, Nabila Huda terus berlakon sehingga hujung nyawa!

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik ini menjelaskan pada mulanya dia ingin bercuti selama tiga minggu tetapi terpaksa pulang awal kerana tidak selesa dengan cara masyarakat di sana.

Kata Nabila, dia cuba berfikiran positif dengan menganggap mereka tidak pandai berbahasa Inggeris.

Namun, dia berterusan ditipu sehingga membuatkan dia enggan lagi meneruskan percutian itu.

"Saya sedih sangat masa tu, mula-mula positif mungkin mereka tidak faham sangat bahasa Inggeris. Paling sedih, ada mak cik ni tolong Abil, ingat ikhlas, Sekali dia minta duit.

"Masa tu saya tak ada duit dan beritahu ini sahaja yang tinggal cash. Dia paksa minta juga. Terus tawar hati, book flight balik," ujarnya.

abil2 - 1

Nabila pernah mempunyai pengalaman buruk ketika bercuti di Vietnam.

Perkongsian Nabila itu menerima pelbagai reaksi dan rata-ratanya turut berdepan pengalaman buruk ketika melancong di Vietnam.

"Betul! Pergi sana memang kena hati-hati. Kawan dah pesan kalau pergi mana-mana naik grab, jangan teksi, nak membeli pun kena pilih kedai yang ada transaksi resit.

"Pernahlah kena scam beberapa kali dekat sana tapi taklah sampai tawar hati. Tu yang tertarik nak tahu pengalaman awak," komen seorang pengikut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain