suria

Dituduh tidak mahu cuci baju anak tiri, suami Izreen Azminda tampil pertahankan isteri

Izreen dituduh mahu menyusahkan bekas isteri suaminya.

TINDAKAN netizen melemparkan tuduhan kononnya Izreen Azminda tidak mencuci pakaian anak-anak tiri mengundang rasa kurang senang suaminya iaitu Ude.

Tampil menjawab mengenai hal itu, Ude atau nama sebenar Muhamad Radzi Abdul Wahid, 34, berkata tuduhan berkenaan tidak berasas kerana isterinya melakukan semua kerja rumah itu.

i2 - 1

Antara tuduhan yang dilemparkan netizen.

"Cik agak-agaklah. Baju kotor yang siang tadi punya sahaja. Yang lain-lain berlipat tu semua dah cuci cik.

"Yang siang tadi pakai manalah sempat nak cuci.

"Otak ada tapi tak digunakan sebaik-baiknya. Itulah perangai segelintir netizen sekarang ini," katanya menerusi Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam posting permohonan maaf kepada Intan Saleh, Izreen Azminda enggan keruhkan keadaan - "Tidak bermakna posting tu tiada, saya tak jadi minta maaf"

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 6 bulan, Izreen Azminda bimbang isu tertukar bayi... percaya naluri ibu kuat - "Tanggungjawab ibu bapa juga untuk check betul-betul"

Sebelum itu, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 37, memuat naik posting menunjukkan dia selesai mengemas pakaian anak tirinya yang ingin pulang semula ke rumah ibu mereka.

Bagaimanapun, netizen mendakwa Izreen membiarkan dua anak tirinya pulang dengan membawa baju kotor.

i1 - 1

Izreen sering disalah anggap oleh netizen

Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan Salleh pada 1 Mac 2013 dan bercerai talah satu pada 22 Mac 2018.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 5.

Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 3, dan Ali Idrees, setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain