suria

Tajul Ariff cedera tangan tersusuk kaca almari, sempat pengsan akibat banyak pendarahan 

Keadaan luka Tajul parah akibat terkena kaca.

PENYANYI Tajul terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada Isnin akibat mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah.

Isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza berkata, ketika kejadian Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum ia tiba-tiba pecah dan kacanya tersusuk ke bahagian tangannya.

Ketika ini beritahu Shamieza, Tajul sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan sementara menunggu keputusan pemeriksaan untuk rawatan lanjut.

"Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari baju yang pecah... Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi.

tajul 1

Tajul sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kajang.

"Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.

"Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terlibat kemalangan, kereta berpusing 3 kali sebelum terbabas... Tiba-tiba terbayang arwah Achik Spin

ARTIKEL BERKAITAN: Awal pagi berkejar ke hospital, Tajul panik isteri mengadu sesak nafas seperti ada orang duduk atas dada

Bercerita lanjut tentang Tajul, Shamieza berkata, suaminya itu pada awalnya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk.

Bagaimanapun setibanya di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dan mengambil keputusan untuk terus ke unit kecemasan.

"Dia ingatkan tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan... itu yang saya terus bawanya ke hospital.

Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan... itu yang saya terus bawanya ke hospital.

NURUL SHAMIEZA

ISTERI TAJUL

"Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah," jelasnya.

Tambah Shamieza, disebabkan Tajul kehilangan banyak darah menjadi punca dia pengsan selain badan menjadi lemah dan wajahnya bertukar menjadi biru.

Terdahulu Shamieza berkongsi mengenai kejadian itu di Instagram miliknya.

Disebabkan insiden tersebut, Tajul terpaksa membatalkan penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta yang sepatutnya dijadualkan pada Selasa (esok).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain