suria

Doktor sahkan Nora Ariffin masih boleh hamil tapi pilih fokus amal ibadah dan keluarga

Nora mahu fokus pada keluarga dan suami.

SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Dr Rushdi Ramli, penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat menimang cahaya mata meskipun diberitahu doktor dia masih boleh hamil.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, sebaliknya berkata, dia kini gembira dengan kehadiran anak-anak dan cucu malah puteri bongsunya juga seakan-akan tidak memberi 'green light' dia menambah zuriat.

"Doktor kata boleh tambah lagi... Puteri kata, No No! Tak!

nora1 - 1

Nora sudah bahagia bersama anak-anak dan cucu.

"Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu," katanya.

Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Niat saya betul-betul kerana Allah, tapi lain pula jadinya" - Nora Ariffin kesal jadi mangsa fitnah selepas kongsi berita perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nora Ariffin buka mulut, bidas kenyataan berniat jahat jejas perkahwinan - "Semoga Allah beri balasan setimpal terhadap pemfitnah"

Penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini memberitahu, pada usianya yang bakal memasuki 50 tahun, dia mahu lebih fokus kepada amal ibadah serta menikmati kehidupan bahagia bersama suami dan keluarga.

"Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan dan menyokong suami itu lebih baik," ujarnya.

nora2 - 1

Nora bersama suami, Dr Rushdi Ramli.

Terdahulu, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.

Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Bagaimanapun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain