suria

Kemelut rumah tangga belum berkesudahan, Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku tapi harap perkara positif 

Puteri Sarah Liyana sudah tidak menoleh ke belakang atas apa menimpanya.

UMUM mengetahui pelbagai dugaan terpaksa dilalui pelakon Puteri Sarah Liyana berkaitan rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tidak dapat menjangkakan apa bakal berlaku pada dirinya tahun depan, Puteri Sarah, 37, bagaimanapun tetap berharap ada perkara baik menantinya dan anak-anak.

"Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu positif bakal berlaku... harap semua doakan benda baik untuk saya dan anak-anak.

"Orang boleh bercakap apa sahaja termasuk suruh buat itu dan ini... tapi akhirnya apa yang saya nak. Insya Allah apa yang saya mahu itu anda akan tahu nanti," katanya kepada mStar.

sarah 11

Puteri Sarah bersama Syamsul dan anak-anak mereka.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes at Four Season Place, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mengelak menjawab pertanyaan sama ada dia bakal mengambil jalan berpisah atau pun sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah dedah ada ahli keluarga Kazar akan diheret ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah nak jadi YB pertahan hak wanita, mula langkah dalami ilmu politik

Sebaliknya perkara itu di luar pengetahuannya memandangkan hanya Allah dapat menentukan tentang soal jodohnya dengan Syamsul.

"Saya dah lama reda sebaik buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau berasa menyesal.

"Jadi azam tahun depan, semoga saya dapat sinar kebahagiaan walau apa pun keputusan yang saya pilih selepas ini," katanya.

Saya dah lama reda sebaik buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau berasa menyesal.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Puteri Sarah juga berkata, dia langsung tak menyangka tindakan berani mendedahkan kehadiran orang ketiga sekali gus mengambil tindakan mahkamah mendapat perhatian dan sokongan terutama dalam kalangan wanita.

Jelasnya, ia sekurang-kurangnya mendatangkan keberanian dalam diri wanita senasibnya untuk bertindak dan mempertahankan hak dan diri masing-masing

"Ada yang marah saya buat pendedahan tersebut tetapi kepada yang mengalami nasib sama seperti saya jangan takut bertindak. Jangan menzalimi diri dan sila keluar daripada perhubungan toksik," ujarnya.

sarah 33

Puteri Sarah enggan mengulas mengenai status perkahwinannya.

Untuk rekod, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain