ANGGOTA kumpulan Dolla berdepan detik cemas apabila didekati tiga orang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis ketika menunggu kenderaan mereka selepas selesai menjalani latihan tarian pada pukul 11.30 malam pada Selasa lalu. Bercerita mengenai perkara itu, Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Angel, Syasya dan Sabronzo berkata, pada awalnya ketiga-tiga lelaki yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga berwarna merah itu memperlahankan kereta sebelum berhenti dan memerhatikan mereka. Cerita Dolla, pandangan diberikan membuatkan kesemua mereka berasa tidak selesa dan ketakutan kerana menyangka lelaki berkenaan mempunyai niat jahat dan ingin merompak. "Mereka memberi pandangan yang membuatkan kami tidak selesa. Kami dalam ketakutan kerana menyangka mereka akan merompak kami. Lelaki yang tidak dikenali itu sempat meminta kad pengenalan mereka. "Lelaki berkenaan kemudiannya keluar daripada kereta dan mendekati kami, ketiga-tiga mereka. "Mereka mendakwa sebagai anggota polis tetapi tidak memakai uniform rasmi dan tidak memandu kereta polis," kata Dolla menerusi kenyataan di Twitter pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Menari pakai skirt pendek, netizen tanya 'Dolla terlepas pandang lagi ke?' ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi... Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian Dalam pada itu, Dolla memberitahu ketiga-tiga lelaki itu juga enggan menunjukkan kad kuasa sebelum terus menyoal mereka dengan bertanya pelbagai perkara termasuk mencurigai sama ada mereka adalah rakyat Malaysia. Disebabkan itu, Dolla mendakwa mereka dipaksa untuk memberikan kad pengenalan diri sebelum mereka mengambil gambar secara senyap tanpa kebenaran mereka. Malah, apabila ditanya mengapa mereka diperiksa, salah seorang lelaki itu menjawab dengan kasar. "Hak kami telah dicabuli sebab apabila Syasya tanya kenapa mereka diperiksa, salah seorang dengan secara kasar mempersoalkan mengapa tak boleh berbuat demikian kerana mereka adalah polis. Dolla melalui detik cemas ditahan tiga lelaki. "Kami keliru dan ketakutan kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan, kami hanya empat orang wanita yang berdiri di tepi jalan selepas selesai menjalani latihan tarian. Sementara itu, Dolla memberitahu sebuah kereta yang berhenti berhampiran tempat kejadian telah menyelamatkan mereka daripada sebarang insiden tidak diingini. Kata Dolla, 'polis' berkenaan terus berlalu pergi daripada situ tanpa sebarang penjelasan mengapa mereka disoal siasat dan tertanya-tanya sama ada situasi dihadapi mereka itu adalah benar atau cubaan menipu. "Kami tidak tahu sama ada situasi ini adalah benar atau hanya kes penipuan. Kalau ada sesiapa pernah berpengalaman seperti ini, tolong kongsikan kepada kami," tulis Dolla lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI