suria

Haikal Irfan pernah lari rumah sebab ibu bapa tak restu jadi Tiktoker, kini jana pendapatan RM10,000 sebulan

Haikal Irfan kongsi hasrat nak jadi TikTokers tidak direstui ibu bapa.

KETIKA Covid-19 melanda dunia sekitar dua tahun lalu, pempengaruh media sosial Haikal Irfan pernah merasai kesan pandemik apabila dia diberhentikan kerja.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Muhammad Haikal Irfan Othman ini berkata, pandemik turut memberi hikmah besar kepada dirinya kerana ketika itulah dia berjinak-jinak menggunakan TikTok sebagai mengisi masa lapang ketika menganggur.

Percubaan pemuda berusia 23 tahun ini berjaya apabila kini mampu menjana pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan dengan hanya menghasilkan video di aplikasi tersebut.

Lebih membanggakan, Haikal berkata pendapatannya di aplikasi itu juga pernah mencecah RM50,000 sebulan yang membuatkan dia tidak menoleh belakang lagi dan meneruskan karier sebagai content creator.

313378311_1249540179224213_3200516897100535337_n

Haikal Irfan aktif di TikTok selepas dibuang kerja.

"Sebelum pandemik saya belajar dalam bidang kulinari dan sempat bekerja sebagai cef pelatih di sebuah hotel.

"Bagaimanapun ketika PKP dilaksanakan, saya antara pelatih yang dibuang kerja dan pulang ke kampung duduk bersama keluarga di Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga lagu ‘Pano’ trending di TikTok... Zack Tabudlo mahu kembang karier di Malaysia, ajar peminat bahasa Filipina

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend TikTok, Uyaina Arshad ditegur bergurau soal neraka... “Jangan kerana trending kita melampaui batas”

"Pada masa itulah 'cinta' saya terhadap TikTok berputik sebab bosan menganggur... Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara mencari duit melaluinya.

"Tak disangka-sangka baru dua bulan aktif di TikTok, video saya tular dan selepas itu ia menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti," katanya kepada mStar.

Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya sehinggakan nekad lari dari rumah membawa diri ke Kuala Lumpur.

HAIKAL IFRAN

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini bagaimanapun memberitahu pendapatan diperolehnya sekarang bukan jatuh bergolek sebaliknya pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sebelum dikenali ramai.

Antara paling mencabar adalah keputusannya memberi fokus kepada TikTok tidak mendapat restu daripada kedua ibu bapanya yang mahu melihat dia terus mengejar cita-cita dalam bidang kulinari.

"Ibu bapa memang suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin tetapi saya berkeras untuk jadikan TikTok sebagai sumber pendapatan.

Haikal Irfan pernah raih pendapatan sebanyak RM50,000 dengan TikTok.

"Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya sehinggakan saya nekad lari dari rumah membawa diri ke Kuala Lumpur menuntut ilmu seni kreatif," dedahnya.

Sepanjang tempoh itu juga, Haikal memberitahu dia mendalami ilmu tentang ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu dan usahanya membuahkan hasil.

Selepas berjaya meraih sejuta pengikut, dia kini mensasarkan untuk akaunnya diiktiraf oleh TikTok menerusi pertauliahan lencana biru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain