suria

“Baca berita pun suara merdu” - Peminat terkejut Siti Nurhaliza buat laporan cuaca RTM

Siti berkolaborasi bersama MET Malaysia.

PENONTON Berita Wilayah yang disiarkan menerusi saluran TV1 dikejutkan dengan kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyampai ramalan cuaca pada Rabu.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 43, yang mengenakan busana berwarna hitam dengan tudung berwarna kelabu kelihatan bersahaja dan tidak gugup ketika menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022.

Kemunculan penyanyi itu adalah kolaborasi bersama Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan cuaca dan kepentingan menjaga diri ketika berlaku bencana alam.

"Alhamdulillah, terima kasih MET Malaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022.

ct1 - 1

Siti muncul sebagai penyampai cuaca di RTM.

"Kolaborasi ini diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikut keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?" - Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nafas jadi pendek, sukar nyanyi lagu nada tinggi... Vokal Siti Nurhaliza terganggu gara-gara Covid-19

Dalam pada itu, Siti turut memberi pesanan kepada individu yang tinggal di kawasan berisiko untuk sentiasa berjaga-jaga dan segera berpindah sekiranya lokasi mereka dinaiki air.

Kata Siti, tiada yang lebih berharga daripada nyawa dan dia turut menasihati orang ramai untuk tidak bersuka ria sewaktu berlakunya air.

"Bagi mereka yang berada di kawasan berkedudukan rendah dan berisiko, nasihat saya simpanlah barang berharga dan dokumen penting dalam beg yang mudah dibawa.

"Segera berpindah ke pusat pemindahan sementara mengikut arahan pihak berkuasa," ujarnya.

ct23 - 1

Kemunculan Siti menarik perhatian ramai.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat terkejut melihat kemunculan Siti dan lebih bersemangat untuk melihat laporan cuaca.

"Terkejut tengok Tokti tadi. Baru sahaja tengok laporan MET Malaysia di TV1. Baca laporan berita pun merdunya suara.

"Kali ini paling semangat nak layan laporan cuaca. First time rasa tak sabar nak tengok berita," tulis netizen.

Siti sekali lagi muncul melaporkan laporan cuaca menerusi Berita Perdana di TV1 pada pukul 8 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain