suria

Bagi ‘hadiah’ atau kena boikot, Ruhainies tak mahu normalisasi amalan rasuah

Ruhainies tidak tunduk pada permintaan tidak sepatutnya.

PELAKON Ruhainies mendedahkan namanya dimasukkan dalam senarai hitam oleh seorang individu berpengaruh industri hiburan daripada menyertai atau bekerja di bawah syarikat produksi miliknya.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, berkata, tindakan itu ekoran dia enggan memberi hadiah mewah kepada individu tersebut sekiranya ingin mendapat tawaran berlakon.

"Perkara itu baru sahaja berlaku tahun ini dan sebenarnya ia agak sensitif kerana dia merupakan seorang individu berpengaruh.

Ruhainies telah di senarai hitam oleh sebuah syarikat industri hiburan tanah air

"Sebelum ini saya pernah dengar cerita macam ini tetapi tak percaya sebab saya tak suka dengan gosip dan tak sangka pula hal ini terjadi kepada saya," katanya kepada mStar.

Ruhainies mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media RR Cruise yang diadakan di Flagship Store Shopee, Four Seasons Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik kongsi kisah cinta, Ruhainies nak kukuhkan nama dalam industri seni

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ruhainies kongsi video ‘one step closer’, dikejar lelaki misteri... Dari belakang netizen kata macam Zul Ariffin!

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu meskipun individu tersebut tidak membuat permintaan luar biasa dan hanya mahukan hadiah mewah namun dia tetap dengan pendirian untuk tidak bergelar kaki bodek.

Malah kata pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu, dia tidak mahu menjadikan amalan rasuah perkara normal dalam bidang hiburan kerana ia boleh memberi impak besar pada masa depan.

Sementara itu, Ruhainies memberitahu dia sebelum ini memilih menutup mulut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mempunyai bukti kukuh selain tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Ruhainies tetap pendirian tidak mahu menormalkan rasuah dalam industri hiburan

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut berlaku dalam industri hiburan tempatan dan sekiranya dibiarkan ia boleh merosakkan industri dengan masalah rasuah.

"Ramai minta saya ambil tindakan berkaitan isu ini tapi saya tak sampai hati sebab fikir tentang masa depan syarikat individu tersebut.

"Tapi perkara ini akan terdedah dengan sendirinya nanti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain