SEJAK hubungan cinta pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann dikatakan sudah berakhir, pelbagai spekulasi timbul bagi merungkai punca sebenar perpisahan mereka yang masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Terbaharu, ada mendakwa penambahan berat badan mendadak Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, menjadi punca Dini meninggalkan pelakon berkenaan. Mengulas mengenai tuduhan tersebut, Janna berkata, dia sedih dengan cakap-cakap itu sehingga membuatkan dia sedang berusaha mengurangkan berat badannya. "Betul ke semua lelaki suka perempuan kurus je? Hmm tak apalah, kita yang chubby ini kenalah kuruskan badan. Bye," katanya. Janna Nick kongsi dirinya sedang bersenam. Janna berkongsi mengenai perkara itu menerusi Tiktok miliknya selepas menerima kritikan daripada pengikutnya tentang badannya yang semakin berisi. "Makin gemuk, patut la jantan itu lari," tulis komen tersebut. Janna turut berkongsi aktiviti senaman yang dilakukan bagi membuktikan dia kini serius menurunkan berat badan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru minggu pertama dah kena maki, Janna Nick pertahankan diri tuduhan bingit kendali ‘Famili Duo’ ARTIKEL BERKAITAN: Peminat rakam Janna Nick dan Dini Schatzmann di Genting Highlands, doa mereka terus kekal bersama Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram, Janna menjelaskan berat badannya memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang betul. Bagaimanapun, pelakon itu minta tempoh seminggu untuk kembali mendapatkan berat badan ideal. "Saya memang sejenis 'kembang kecut'. Nak kecut sekejap, naka kembang pun mudah. Tapi tak apa... orang prihatin jadi kita bersenamlah eh. "Gemuk boleh kurus tak ada masalah, bagi saya satu minggu okay?," tulisnya. Janna Nick minta peminat beri satu minggu untuk kembali kurus. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa berat badan itu sekadar angka sebaliknya semua bergantung pada hati seseorang. Mereka juga berpendapat bahawa Janna tetap cantik tidak kira berisi mahupun kurus asalkan pelakon tersebut bahagia. "Mulut yang tanya boleh tahan, cantik je aku tengok. Tak payah bersusah payah sebab jantan. Ala saiz itu cuma berat badan itu cuma angka. "Berat badan naik atau turun tak masuk neraka pun. Gemuk ke kurus ke kalau orang tak nak kita tetap pergi. Tapi Janna tetap cantik," antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI