suria

Ibu Alya Iman meninggal dunia… arwah minta balik rumah selepas 4 bulan masuk hospital

Ibu Alya meninggal dunia akibat kanser.

IBU kepada pelakon Alya Iman iaitu Jamaliah Jamari, 54, meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada petang Sabtu.

Berkongsi khabar duka itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 21, memberitahu arwah ibunya sudah lama menghidap penyakit kanser dan menerima rawatan di hospital sejak empat bulan lalu.

“Mama sudah lama menghidap kanser dan dia duduk di hospital sejak empat bulan lalu.

alya 2

Arwah ibu Alya dimasukkan ke hospital sejak empat bulan lalu.

“Mama menghembuskan nafas terakhir selepas sehari keluar hospital di rumah yang sama dengan arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2018,” katanya kepada mStar.

Kata Alya, meskipun masih menerima rawatan di hospital, ibu meminta dibawa pulang ke rumah untuk bersama anak-anak.

Permintaan tersebut seakan-akan memberi gambaran arwah bersedia untuk ‘pergi’ buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja selagi mampu” - Alya tetap ke lokasi drama selepas ke hospital, tekanan dan badan 'manja' punca sering jatuh sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia

“Mama memang nak sangat balik rumah dan setiap hari dia minta kami adik-beradik untuk bawa pulang.

“Mungkin dia sudah bersedia untuk pergi dan minta untuk menghabiskan hayatnya di rumah,” katanya.

Mama memang nak sangat balik rumah dan setiap hari dia minta kami adik-beradik untuk bawa pulang

ALYA IMAN

PELAKON

Terdahulu, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Jamaliah di Ijok, Selangor pada pagi Ahad.

Berkongsi kenangan bersama arwah, Alya berkata ibunya sangat suka menyanyikan lagu My Baby You nyanyian Marc Anthony.

Oleh kerana itulah dia memuat naik satu video menggunakan latar belakang lagu tersebut sebagai kenangan pemergian ibunya.

alya 3

Lagu Marc Anthony jadi kenangan Alya bersama arwah ibu.

“Ibu suka menyanyikan lagu itu untuk saya. Sehingga sekarang masih bermain dalam kepala arwah sedang menyanyikan lagu tersebut,” jelasnya.

Untuk rekod, Jamaliah merupakan bekas isteri kepada pelakon veteran Allahyarham Azmil Mustapha yang meninggal dunia pada 14 Februari 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain