suria

Tolong jawab pelbagai spekulasi sepanjang di ICU… Nad Zainal hargai sokongan Ungku Ismail

Nad Zainal mengaku berkawan rapat dengan Ungku Ismail.

MENGHARGAI bantuan dan sokongan teman baiknya iaitu Ungku Ismail, pelakon Nad Zainal mengakui kini sedang berkawan rapat dengan aktor berkenaan.

Kata Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, Ungku Ismail banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya sepanjang dia menerima rawatan di hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

"Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz.

Nad Zainal perjelaskan semua spekulasi semasa dirinya ditidurkan.

"Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi," katanya.

Nad menjelaskan perkara itu ketika siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu.

Menurut Nad, ibu bapanya tidak tampil membuat kenyataan kerana Ungku lebih mampu menerangkan keadaan dirinya dengan lebih terperinci yang ketika itu berada di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal nampak ceria muncul pertama kali sejak masuk hospital, perjelas semua spekulasi sepanjang di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal kembali! Bakal muncul live di TikTok malam ini selepas sebulan bertarung nyawa

"Ramai sangat yang tanya kenapa Ungku Ismail selalu 'update' fasal saya? Sebenarnya pada waktu genting itu, ibu bapa saya diasak dengan pelbagai persoalan daripada saudara mara dan netizen.

"Mereka berada dalam keadaan tertekan sebab anak sakit. Papa memang ada mengeluarkan kenyataan, cuma Ungku dapat jelaskan dengan lebih terperinci, jadi papa beri laluan padanya untuk menjawab.

"Bagi saya, perkara itu tidak menjadi masalah kerana Ungku Ismail cuba meleraikan kekeliruan yang masyarakat hendak tahu.

Nad Zainal hargai usaha Ungku Ismail.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Ungku Ismail kerana sentiasa mengemas kini keadaan saya dalam media sosial," katanya lagi.

Sebelum ini, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sejak Nad dirawat di hospital, Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin banyak berkongsi perkembangan aktres berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain