suria

Ramai seram tengok Da'i Syed pegang bayi sebelah tangan, tapi netizen kata itu cara betul... ibunya tampil perjelas situasi sebenar

Ibu bayi tampil cara dukung Da'i Syed adalah kedudukan yang selesa buat bayi.

AKSI pendakwah selebriti iaitu Da'i Syed yang mendukung seorang bayi dalam keadaan meniarap menggunakan sebelah tangan ketika berada di lapangan terbang menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, ramai yang seriau melihat cara Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 27, mengendong bayi itu kerana bimbang akan jatuh jika tidak berhati-hati.

Pun begitu, ada juga dalam kalangan netizen memberitahu cara Syed menggendong bayi tersebut sebenarnya adalah teknik yang betul malah boleh membuatkan mereka berasa selesa.

316757026_1091979638139864_2184108203586352564_n

Warganet seram lihat cara Da'i Syed dukung bayi.

"Iqmal main dukung bayi itu macam itu, takut dia muntah ke tak selesa ke... lagi risau kalau terlepas.

"Nampak seriau dia pegang bayi tapi itu kedudukan yang buat bayi rasa selesa sebenarnya," antara komen netizen yang ditinggalkan di Instagram ibu bayi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jarak usia 9 tahun buat Hana Ismail ragu-ragu, seminggu solat istikharah sebelum setuju kahwin Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Da'i Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz, akad nikah dalam bahasa Arab

Bagaimanapun, ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Awin Jamalullail tampil menjelaskan keadaan sebenar yang mana dia turut mendukung anaknya itu sama seperti Syed.

"Saya pun dukung anak saya macam itu. Belajar sana makcik, yang hodoh sahaja perhati. Bagi hati elok sikit.

"Itu darah daging dia, anak saudara dia. Dia bukan dukung budak itu sampai kiamat. Dia pegang elok saja," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain