PELAKON Wawa Zainal bengang apabila ada individu bercakap soal syurga dan neraka gara-gara tindakannya memuat naik video anak perempuannya yang membawa watak wednesday Addams sambil menari di laman sosial sebelum ini. Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata, dia terkilan apabila pihak berkenaan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum selain peminat yang menyokongnya akan masuk ke neraka kelak. Menerusi komen individu berkenaan, dia menegur tindakan Wawa itu selain memberitahu neraka sentiasa menerima manusia yang jahil. Menerusi komen individu berkenaan, dia menegur tindakan Wawa itu selain memberitahu neraka sentiasa menerima manusia yang jahil. Ada yang kurang senang dengan video tarian anak Wawa Zainal "Kita dah tegur nak terima atau tidak, terpulang. Neraka sentiasa menerima manusia yang jahil. "Semoga tabah di antara kamu yang baca komen ini jika tempat kamu di neraka. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rakaman tidak dirancang, Wawa Zainal tak perasan video menari dedah aurat ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta pada minggu pertama ‘Wednesday’ ditayangkan "Kalau kita jauh dari ajaran Islam, neraka lah tempat kita. Jadi neraka lah tempat untuk orang seperti itu. Neraka!," komen individu berkenaan. Wawa menerusi Instastory miliknya pula menganggap komen diberikan individu berkenaan seolah-olah dirinya sahaja yang layak masuk ke syurga. "Pulak dah. Ya lah kau seorang je ahli syurga. "Takut lah dengan netizen sekarang. Siap tentukan syurga ke neraka," tulisnya di Instastory. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI