SELEPAS agak lama menyepi daripada sebarang kontroversi, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri rupa-rupanya sedang sibuk membina otot badannya di pusat kecergasan. Menerusi perkongsian terbaharu Aliff di Instagram, usahawan itu menunjukkan dia sedang giat bersenam di sebuah bilik gim dengan melakukan beberapa jenis senaman termasuk mengangkat beban. Bukan itu sahaja, dia turut menunjukkan perubahan tubuhnya yang dahulu sedikit berisi namun kini terlihat lebih berotot. Aliff Syukri tunjuk perubahan badan dari berisi ke ideal. Ini termasuk menayang otot di kedua-dua bahagian lengannya yang semakin besar. "Panggil saya coach Aliff... Jom saya ajar gim," katanya di Instagram. Bagaimanapun, seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan usahawan kontroversi itu tidak disenangi segelintir pengikutnya dan tetap mencari kesalahannya. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tak serik sumbang suara, kali ini kolaborasi dengan Caprice pula... “Saya ada peminat sendiri” ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram Kali ini, mereka mengatakan seluar dipakai Aliff terlalu seksi dan tidak sesuai untuk tatapan umum yang jelas mendedahkan aurat. Tidak hanya itu, cara senamannya juga dikatakan tidak bersesuaian. "Aurat itu Datuk, tanya anak aurat lelaki bahagian mana. Labuhkan sikit seluar itu. Cara senam Aliff Syukri buat warganet bimbang. "Seksinya Datuk tapi salah teknik itu, dah lari urat susah nak betulkan. "Datuk ini elok saja, jangan bagi dia keluar suara hilang terus macho tapi lawa badan Datuk," antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI