suria

“Saya bebas berkawan dengan sesiapa” - Ruhainies minta henti sebar fitnah bercinta dengan anak ahli politik

Ruhainies harap tidak ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang dirinya.

PELAKON Ruhainies meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mereka-reka cerita kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak seorang ahli politik.

Bengang dengan gosip berkenaan, Ruhainies atau nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, menegaskan cerita itu tidak sepatutnya timbul kerana ia hanya mengundang fitnah.

"Saya faham selagi belum berkahwin, selagi itu macam-macam spekulasi keluar. Itu lumrah sebagai selebriti.

ruhainies 2

Ruhainies menepis dakwaan sedang bercinta.

"Tetapi kalau awak buat cerita untuk kepuasan diri sendiri atau niat tertentu yang tidak baik, ia adalah salah. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja," katanya.

Ruhainies menulis luahan tersebut menerusi Instastory pada Rabu.

Pelakon drama Sorry Naik Lori ini dengan tegas memohon agar pihak terbabit berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar tentang dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi ‘hadiah’ atau kena boikot, Ruhainies tak mahu normalisasi amalan rasuah

ARTIKEL BERKAITAN: Serik kongsi kisah cinta, Ruhainies nak kukuhkan nama dalam industri seni

"Saya ada banyak perkara untuk dilakukan daripada sibuk bercinta. Pihak yang tak bertanggungjawab, hentikan buat cerita tidak benar," jelasnya.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya dia dikatakan sedang hangat bercinta selepas dilihat aktif terlibat dalam kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Saya ada banyak perkara untuk dilakukan daripada sibuk bercinta

RUHAINIES

PELAKON

Menafikan khabar angin tersebut, Ruhainies berkata ramai lagi rakan artis lain melakukan tindakan sama.

Malah, fokusnya kini hanya untuk kerjaya serta keluarga.

"Tidak betul dan saya tak terbuka hati untuk orang baharu setakat ini. Fokus saya masih sama iaitu kerja dan keluarga," tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain