PENYANYI Zizi Kirana menjelaskan ciapan mengenai curang yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya tiada kaitan dengan kehidupan peribadi. Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berkata dia menulis mengenai perkara itu kerana terlalu mengikut emosi selepas menonton sinetron Indonesia berjudul Mendua iaitu adaptasi daripada drama Doctor Foster yang memaparkan kisah kecurangan seorang lelaki. Kata Zizi lagi, status dibuat itu tidak ada kena mengena dengan suaminya iaitu Yusof Bahrin, bahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Zizi hanya terlalu emosi ketika menonton sinetron. "Ya Allah, kami baik-baik sahajalah. Saya tweet tu sebab geram tengah tengok drama Indonesia, Mendua. "Drama tu berkisarkan tentang lelaki curang. Biasalah perempuan kan. Baru episod dua saya dah geram," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teman suami sampai ke set penggambaran... Yusuf Bahrin jawab dakwaan dikongkong Zizi Kirana ARTIKEL BERKAITAN: Rasa sunyi kalau berjauhan, Zizi Kirana tak boleh berenggang dengan suami... “Sehari pun dah rindu” Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada media sosial dan membuat andaian sendiri. "Apa yang saya boleh cakap, jangan percaya 100 peratus dekat media sosial tu. "Kita kena pilih apa yang kita nak percaya. Paling penting, jangan cepat buat andaian tanpa usul periksa," ujarnya. Ya Allah, kami baik-baik sahajalah. Saya tweet tu sebab geram tengah tengok drama Indonesia, Mendua. ZIZI KIRANA PENYANYI Terdahulu, Zizi menulis kapsyen di Twitter mengenai individu yang sering berlaku curang dan penipu. Hantaran yang dibuat mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang ingin tahu kepada siapakan muat naik itu ditujukan. "Orang yang curang akan selalu berlaku curang, si penipu akan selalu menipu dan mereka akan mempertikaikan mengapa hidup ini begitu teruk," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI