suria

Siti Nurhaliza beli rumah pertama di Dubai... Asyraf Khalid tumpang bangga, berseloroh tak perlu lagi sewa hotel

Siti kini memiliki kediaman pertama di Dubai.

USAHAWAN Asyraf Khalid berkongsi berita gembira memaklumkan ibu tirinya iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah memiliki kediaman pertama di Dubai.

Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 30, berkata kejayaan yang dimiliki oleh Siti atau nama sebenar Siti Nurhaliza Taruddin, 43, itu menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat dia dan isteri, Tya Ariffin bekerja lebih keras.

"Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

tya - 1

Asyraf dan Tya mengambil inspirasi daripada kejayaan Siti.

"Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya," katanya.

Asyraf berkongsi perkara itu menerusi muat naik di Instastory pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk K pernah halang Asyraf Khalid kahwin muda... Syukur rezeki mencurah-curah selepas jadi suami Tya Arifin

ARTIKEL BERKAITAN: "Baca berita pun suara merdu" - Peminat terkejut Siti Nurhaliza buat laporan cuaca RTM

Dalam pada itu, Asyraf turut berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat mencapai kejayaan sama seperti Siti.

Malah, Asyraf mengakui kagum dengan apa yang dimiliki penyanyi lagu Purnama Merindu itu selepas segala usaha dan pengorbanan sebagai anak seni dan usahawan.

Dalam hantaran itu juga, Asyraf sempat berseloroh tidak lagi perlu menyewa hotel kerana sudah boleh menumpang di rumah ibu tirinya itu.

"Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti.

"Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel," ujarnya.

ct7 - 1

Siti berkongsi pemandangan daripada ruang kediamannya.

Sebelum itu, Siti menerusi Instastory berkongsi video mendedahkan rumahnya yang baru dibeli di Dubai.

Kediaman jenis kondominium itu dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall.

Dalam perkongsiannya itu, Siti meluahkan rasa syukur dan berkongsi ruang kediaman dan pemandangan yang dikelilingi dengan bangunan pencakar langit.

"Alhamdulillah, home sweet home," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan