suria

Sharnaaz Ahmad bengang penerbit tamak ‘lenjan’ artis kerja 20 jam sehari… “Minta pantau produksi jahanamkan industri”

Sharnaaz Ahmad berang masih ada pengarah dan produksi yang bersikap degil mahu artis bekerja 20 jam sehari.

PELAKON Sharnaaz Ahmad bengang apabila ada pelakon dan kru diminta bekerja selama 20 jam sehari kerana produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem terbitan mereka.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, berkata tindakan produksi mempraktikkan budaya itu sudah tidak relevan di tahun 2022.

Sharnaaz luah rasa marah menerusi Instastory miliknya

"Budaya lenjan artis dan krew ni masih perlukah di zaman 2022 ni?

"Produksi tamak nak jimat kos, penggambaran lebih masa, artis dan krew tak mampu nak buat terbaik sebab penat. Selepas itu pengarah dan penerbit tarik muka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dah ‘keras’, Sharnaaz Ahmad kurang minat berlakon drama romantik... “Penonton lebih suka lihat pelakon muka lembut”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad komen hubungan dengan pramugari, netizen syak wanita sama didedah Jayden

Sementara itu, Sharnaaz menerusi Instastory miliknya meminta pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk memantau waktu kerja yang telah dijanjikan sebelum ini kepada artis iaitu selama 12 jam sehari.

"Hari itu berebut sangat kerusi geng-geng Finas ni.

Sharnaaz Ahmad minta pihak berkenaan pantau pengarah dan produksi yang masih degil

"Mana 12 jam kerja kami? (Kru dan Artis).

"Minta pantau produksi yang menjahanamkan industri. Kalau nak lajak 14 jam masih boleh terima, tetapi bukan hari-hari," katanya.

Sebelum ini, Seniman pernah menyuarakan pendapat berkaitan tempoh masa kerja penggambaran yang dihadkan kepada 12 jam sehari sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain