suria

Penyanyi lagu 'Evening News' Jason Lo kahwin buat kali kedua, lengkap berbaju Melayu

Jason memilih Jazzabella sebagai isteri.

PENYANYI lagu Evening News, Jason Lo melangsungkan perkahwinan buat kali kedua dengan wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Jazzabella.

Berita gembira itu dikongsi pengacara dan model, Deborah Henry menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

jason2 - 1

Deborah bersama pengantin baharu, Jason dan Jazzabella.

Deborah atau Deborah Priya Henry, 37, turut memuat naik foto perkahwinan Jason atau Jason Jonathan Lo, 47 dan Jazzabella yang dipercayai rakan baik kepada personaliti berkenaan.

Menerusi foto tersebut, Jason lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih dan bersamping manakala Jazzabella memakai kurung moden.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa menikah? Alha Alfa kongsi foto pakai baju pengantin siap ucap tahniah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video perkahwinan, netizen minta jangan ungkit lagi kisah lama Fatin Afeefa

"Kepada sahabat saya yang cantik dan baik hati, Jazzabella dan Jason, saya mendoakan anda berdua penuh dengan rasa cinta dan kebahagiaan buat selamanya," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi yang juga bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi itu belum membuat sebarang kenyataan atau perkongsian berhubung perkahwinan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain