suria

Tersungkur di tahap paling bawah dalam hidup, Shakilla Khoriri tak lagi simpan dendam dalam hati - “Sangat bahagia dan tenang”

Shakilla berkongsi memori sepanjang 2022.

SETAHUN hidup solo selepas bercerai dengan penyampai radio Fizi Ali, pelakon Shakilla Khoriri tidak pernah menyangka melalui pelbagai cabaran dalam kehidpan sepanjang 2022.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 33, berkata, dalam tempoh itu dia pernah melalui saat paling sukar dalam kehidupan sebelum berjaya keluar menghadapi kenyataan.

"Beberapa bulan saya seperti duduk di tahap paling bawah sepanjang kehidupan sebelum saya keluar dan berjalan menghadapi dunia nyata.

"Takut dan macam-macam yang saya fikirkan tapi Allah tak pernah sedetik pun tinggalkan saya dan Ameena walau dalam apa keadaan sekali pun," katanya.

shakilla1 - 1

Shakilla bersyukur dengan nikmat yang diberikan sepanjang tahun ini.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi sebuah video bersama anaknya, Ameena, 3, yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shakilla berkata, meskipun melalui pelbagai detik sukar namun kehidupannya tidak seburuk disangka malah menyifatkan apa dilalui pengalaman bermakna.

Malah kata pelakon itu, dia kini lebih bahagia, tenang, bebas dan tidak lagi menyimpan dendam di dalam hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan tentang syurga undang sebak... anak mahu Shakilla Khoriri dan Fizi Ali di syurga, netizen harap mereka kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali hilang sabar dengan Shakilla Khoriri! Hidup jahanam selepas bercerai... Selama ini puas jaga aib

"Sebenarnya kehidupan saya tidaklah seburuk yang saya sangka, bahkan ia satu perjalanan yang sangat indah.

"Sangat bahagia dan tenang... makin laju saya berjalan sehingga nak berlari bila satu per satu hadiah Allah berikan," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla turut meluahkan rasa syukur dengan segala ujian, nikmat dan rezeki yang diberikan untuk tahun ini.

Pelakon drama Papa Ricky ini turut berdoa agar dijauhkan daripada manusia yang tidak baik buat diri dan keluarga.

shakilla2 - 1

Shakilla bersama anaknya, Ameena.

"Cukuplah dengan segala dugaan, ujian, nikmat, bahagia, kekuatan, rezeki dan kesihatan yang Allah berikan sehingga hari terkahir untuk tahun ini... saya bersyukur.

"Semoga Allah kekalkan rasa bahagia ini sampai bila-bila. Jauhkan daripada orang yang mungkin akan menyakiti saya dan Ameena," katanya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018, namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain