suria

Kongsi video perkahwinan, netizen minta jangan ungkit lagi kisah lama Fatin Afeefa

Fatin selemat bergelar isteri kepada Aliff.

TEKA-TEKI berhubung perkahwinan pelakon Fatin Afeefa pada malam Jumaat terjawab apabila dia berkongsi video majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Aliff Awang di TikTok.

Fatin dan Aliff disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Menerusi hantaran video berkenaan, ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan tidak menyangka Fatin mendirikan rumah tangga memandangkan tidak pernah berkongsi hal berkaitan cinta sebelum ini.

fatin 2

Dua orang anak Fatin ketika hari pernikahannya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen tetap mengungkit kisah lama pelakon itu bersama bekas suami, Adam Shahz.

"Selagi tak halal, tidak akan habis bekas dia buka aib. Sekarang dah sah, tutup mulut orang.

"Memang masa lampau dia ada salah, tapi Fatin tak pernah melatah. Dia mengaku menyesal dan buat hal sendiri. Bekas suami dia yang tak move on daripada dulu. Macam-macam dia buat aib Fatin," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa menikah? Alha Alfa kongsi foto pakai baju pengantin siap ucap tahniah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video wanita sarungkan cincin ke jari manis, Fatin Afeefa bertunang?

Perkongsian video itu menerima lebih daripada 5,000 komen daripada rakan selebriti dan peminat.

Terdahulu, berita perkahwinan Fatin dikongsi oleh jurusolek, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab menata rias pelakon itu sempena hari bahagianya.

Selain itu, ada juga beberapa rakan selebriti memuat naik video majlis berkenaan di laman sosial yang sekali gus mengesahkan desas-desus Fatin sudah berkahwin.

fatin 3

Nama Adam masih disebut-sebut selepas Fatin kembali berkahwin.

Fatin sebelum ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung soal perkahwinan namun ada berkongsi gambar disarungkan cincin dipercayai sebagai tanda bertunang.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun berpisah pada Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia, 7 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain