suria

Kaki Nora Ariffin terseliuh ketika main badminton, suami kata petanda Allah suruh rehat

Nora terpaksa menggunakan kerusi roda akibat kecederaan kaki.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin dinasihatkan doktor untuk berehat selepas bahagian depan kaki kirinya terseliuh ketika bermain badminton Khamis lalu.

Tambah membimbangkan kata Nora, bahagian sama juga sebelum ini pernah dua kali mengalami masalah sama akibat terjatuh di Gua Hira, Makkah selain disebabkan memakai kasut tumit tinggi.

“Kaki saya terseliuh ketika ikut suami main badminton. Bahagian urat pada kaki ini bengkak dan doktor nasihatkan supaya berehat.

nora2 - 1

Suami juga nasihatan supaya Nora berehat.

“Saya ingatkan masih boleh beridadah seperti dulu. Tak sangka pula sebenarnya kaki ini terseliuh.

“Bahagian sama pernah bengkak akibat terjatuh sebelum ini. Jadi kena betul-betul rehat sebab takut ia jadi lebih teruk,” katanya kepada mStar.

Nora sebelum itu berkongsi video dia duduk di atas kerusi roda dan ditolak oleh suaminya Dr Rushdi Ramli ketika mereka menghadiri sebuah majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sahkan Nora Ariffin masih boleh hamil tapi pilih fokus amal ibadah dan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Senyuman bangga seorang ibu... Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arwah anak

Dalam hantaran tersebut, Rushdi memberitahu sakit yang dialami itu juga sebagai petanda untuk isterinya rehat daripada kesibukan jadual kerja.

“Inilah petanda Allah suruh rehat. Jatuh ini menjadi asbab juga. Bawa-bawalah berehat,” ujarnya.

Dalam masa sama Nora juga bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak mengganggu jadual kerjaya seni.

nora 3

Nora harap kecederaan kaki dapat pulih segera.

Bagaiamanapun dalam keadaan berkerusi roda, penyanyi ini masih kuat untuk memenuhi undangan majlis seorang sahabat pada pagi Sabtu.

“Dalam keadaan begini pun saya kenalah penuhi undangan ke majlis perkahwinan sebab sudah dijemput. Mujurlah ada suami yang tolong tolak kerusi roda. Tapi nampak gayanya tak bolehlah saya pakai kasut tumit tinggi,” ujarnya.

“Kebetulan untuk seminggu ini memang saya tiada persembahan. Bolehlah rehat betul-betul di rumah,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain