suria

Netizen ungkit kes cerai Abby Abadi dan Norman Hakim, kecoh juga… Terkenang kisah ‘serang’ set penggambaran

Abby Abadi dedah banyak rahsia masih tersimpan tentang kisah rumah tangga terdahulu.

ISU melibatkan pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua baru-baru ini membuatkan netizen mengungkit kembali isu keruntuhan rumah tangga selebriti lain disebabkan ganguan orang ketiga.

Antara kisah yang kembali menjadi perhatian adalah penceraian pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang pernah kecoh suatu ketika dahulu sehingga ada cuba membuat persamaan dengan apa sedang dilalui oleh aktres Puteri Sarah ketika ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak memandangkan ketika itu dia sendiri tidak tahu siapa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

"Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, keempat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bekas suami atau menjejaki gerak-geri 'gasing' dia waktu itu.

Abby Abadi kecewa nama jadi sebutan susulan kemelut rumah tangga artis.

"Sebab dia kata dia sibuk penggambaran... bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum... Jeng, jeng, jeng!," katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Ahad.

Mengimbau kekecohan rumah tangganya ketika itu, Abby menjelaskan dia mencari Norman di set penggambran hanya untuk mendapat penjelasan bukan bergaduh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mahu dia ulang kesilapan saya buat dulu” - Abby Abadi restu anak sulung ada ilmu agama jadi selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh cuba dekati Norman Hakim, suami Abby Abadi tak cemburu... Sudah biasa bergurau, tahu jaga batas

Tambah Abby, sebagai manusia biasa, dia juga mempunyi perasaan sedih dan amarah memandangkan bekas suami tidak pulang ke rumah.

"Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

"Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis... dah tu? Takkan saya nak seronok kalau bekas (suami) tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai," katanya lagi.

Takkan saya nak seronok-seronok kalau bekas tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?

ABBY ABADI

PELAKON

Dalam pada itu, Abby meminta agar warganet berhenti membuat sebarang spekulasi tentang insiden tersebut yang sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya.

Kata Abby, sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuk keluarganya sendiri.

"Kes saya dulu banyak yang tak tahu sebab saya simpan seorang diri. Apa yang boleh saya cakap, bekas suami dulu sangat bernasib baik sebab saya kurang bercerita.

"Kalau banyak fitnah, rasa macam nak menjawab jugalah. Perlu ke?," katanya.

abadi

Abby Abadi dan Norman Hakim kini bahagia dengan pasangan masing-masing.

Untuk rekod Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Meskipun pernah melalui episod gelap dalam rumah tangga, namun kini Norman dan Abby kekal bersahabat baik malah menjaga silaturahim dengan Memey.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain