suria

Suami Fatin Afeefa sinis jawab gigitan cinta dekat leher, ada kata tanda lahir - “Kalau tak kahwin itu satu hal”

Aliff menunjukkan love bite seperti didakwa netizen.

SEJAK mendirikan rumah tangga, pasangan pelakon Fatin Afeefa dan Aliff Awang sering menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka tidak segan berkongsi kebahagiaan di media sosial.

Terbaharu, ketika pasangan itu membuat video siaran langsung di TikTok, ada peminat mendakwa terlihat kesan love bite atau gigitan cinta di bahagian leher Aliff dan meminta dia menunjukkan tanda itu di hadapan kamera.

Menerusi klip video yang sempat direkod peminat, Aliff tanpa segan silu menunjukkan tanda tersebut di kamera meskipun Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, dilihat cuba menghalangnya daripada berbuat demikian.

Malah suami kepada pelakon filem Tentang Bulan secara sinis mengatakan love bite itu sebagai 'lazat' dan ia sebagai salah satu tanda rumah tangga mereka sedang bahagia.

Fatin dan suami mendapat perhatian netizen.

Pasangan ini berkahwin pada penghujung tahun lalu.

"Lazat, okeylah dah kahwin ada love bite, nampaklah bahagia tu. Kalau tak kahwin ada love bite, itu satu hal," katanya.

Bagaimanapun, penjelasan Aliff itu dipercayai sekadar mahu memuaskan hati netizen kerana sebenarnya tanda di bahagian lehernya itu adalah tanda lahir.

Ia turut disahkan oleh salah seorang netizen yang meninggalkan komen pada video berkenaan dan dipercayai kenalan pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Fatin Afeefa manja dengan ayah baharu, netizen harap jangan ada yang 'meroyan'

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video perkahwinan, netizen minta jangan ungkit lagi kisah lama Fatin Afeefa

"Itu tanda lahir dia. Memang dah lama ada dekat situ," tulisnya.

Sementara itu, ada netizen yang menyifatkan tindakan Aliff menunjukkan kesan love bite itu sebagai kebudak-budakan dan tidak sepatutnya mendedahkan perkara itu kepada umum.

Ini kerana ramai akan salah faham serta memberi pandangan sinis terhadap tindakan tersebut meskipun ia bukan tanda gigitan cinta seperti didakwa.

"Seriously kebudak-budakan. Macam budak-budak remaja pula.

WhatsApp Image 2023-01-08 at 1.00.54 PM

Antara komen netizen yang diterima.

"Terpaling kahwin la tu," komen netizen.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata aitu Ivy Herra Sophia.

Pada 30 Disember lalu, Fatin membuat kejutan kepada peminat apabila melangsungkan perkahwinan dengan Aliff dalam sebuah acara tertutup.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain